Sumber Israel: Tembakan Katyusha dari Lubnan melanda Utara Israel.

Jumaat ,09/01/2009 – Tentera Israel berkata beberapa bedilan dari Lubnan telah mengenai sasaran di Nahariya dan Shlomi utara Israel berdekatan sempadan Lubnan yang mengakibatkan 5 orang Israel cedera. Hamas dan Hezbollah berkata mereka tidak terlibat dalam serangan ini.

Tentera Zionis mengarahkan penduduk di sekitar kawasan itu untuk berlindung buat seketika waktu untuk langkah-langkah keselamatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  juara786

2 Comments
  1. Salam sejahtera,

    Kita mengutuk serangan ini dan berdoa supaya Allah swt membalasnya dengan setimpal dan dgn segera. Sesungguhnya Allah swt memang mendengar apa yg kita semua mahukan tetapi hanya Dia yg lebih Mengetahui kesudahan permintaan dan doa kita itu dan ia juga sebagai ujian buat umat Islam seluruh dunia, sama ada saf kita benar-benar rapat, ketinggian ketakwaan kita, sama ada Islam kita hanya satu kepura-puraan dan juga kesatuan kita di seluruh dunia dan juga sudah tentu ia ujian besar buat rakyat Palestine.

    Seperti firmannya, Surah Muhammad ayat 4:
    …(bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang menimbulkannya). Demikianlah diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah mengkehendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu)…

  2. Inilah yang kita tunggu,unity of Islam..xkira siapa pun yang lancarkan roket dari Lubnan,mereka tetap pejuang kita..

    Israel tu kecik je,klw smua serang dari pelbagai penjuru hancurlah jugak mereka nanti.

Comments are closed.