Maszlee Malek : “jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia”

Rejim Zionis sehingga hari masih berdegil meneruskan serangan ke kawasan2 padat di Gaza. Jumlah terkini kematian adalah 765 orang sehingga hari ke 13 serangan. Kebisuan negara2 Arab masih menjadi persoalan. Aksi heroic Presiden Venezuela terus menjadi buah mulut. Senjata2 yang di haram kan oleh masyarakat antarabangsa terus digunakan untuk menyembelih rakyat Palestin. Pejuang2 Hamas terus komited untuk mempertahankan Gaza.

Ikuti temubual terbaru wartawan Pkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.

1- serangan sudah masuk hari ke 13, apa perkembangan terbaru di Gaza ?

Seperti yang dapat dilihat di kaca-kaca televisyen, keadaan semakin parah. Inilah malapetaka paling dahsyat di Gaza semenjak tahun 1948. Malah inilah malapetkaa paling teruk di dalam sejarah kemanusiaan seperti kata PM Turki, Tayyip recip Erdogan. Jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis ini lebih dahsyat dari jenayah yang telah dilakukan oleh Nazi.

2- pendapat saudara ttg tindakan Presiden Venezuela yang mengusir kedutaan Israel. kenapa beliau tidak berdiplomasi dalam hal ini ? adakah ia patut di contohi oleh negara umat islam lain ?

Tindakan Chavez sepatutnya menjadi pembuka mata kepada pemimpin-pemimpin negara Arab dan Islam yang mempunyai hubungan diplomasi dengan Israel. Chavez tidak mempunyai kepentingan dengan Israel dan AS, maka beliau mampu melakukan sedemikian. Israel perlu diajarkan erti keadilan dan kemanusiaan. Tindakan Chavez merupakan satu langkah untuk mengajar Israel erti diplomasi yang sebenar yang tidak pernah diamalkan oleh Israel. Malangnya bagi para diktator Arab khususnya, kebanyakan talian hayat mereka bergantung kepada sokongan AS dan Israel.

Sokongan terhadap Gaza bermakna sokongan terhadap nilai demokrasi yang telah mengangkat HAMAS melalui pilihanraya yang bersih. Inilah yang paling ditakuti oleh para diktator tersebut. Mereka boleh kekal di atas takhta masing-masing di atas sokongan AS dan bukannya di atas dokongan rakyat. Mereka menindas rakyat lebih zalim dari rejim Zionis menindas rakyat Palestin. Maka apa yang diharapkan dari para diktator tersebut? Masyarakat dunia wajib memberikan tekanan kepada para diktator negara-negara Arab.

3 – saudara telah mengikuti demo anti Zionis di hadapan kedutaan Israel di London. perbuatan berdemonstrasi pada sesetengah golongan mengatakan ia adalah sia2 ? natijah nya , teriakan kita selama ini hanya di pekak kan sahaja oleh Israel dah sekutunya dan pembunuhan terus berlaku hari demi hari. atau saudara mempunyai pendapat tersendiri ?

Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat membuka matanya terhadap kebangkitan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia. Apa yang berlaku di seluruh dunia, malah di Tel Aviv dan seluruh bandar-bandar AS sendiri menunjukkan bahawa Israel dan pentadbiran AS sedang menghadapi masyarakat dunia. Jenayah mereka bukan hanya terhadap rakyat Gaza, malah terhadap masyarakat dunia dan tamadun moden.

Saya tidak setuju mengatakan vox populi tersebut tiada nilainya. lihatlah bantahan negara-negara barat kebanyakannya disebabkan oleh demo-demo tersebut. Lihatlah tindakan Chavez dan negara-negara lain yang akan menyusul, kesemuanya adalah disebabkan oleh tekanan para demonstran. Mungkin jika kita inginkan keputusan segera, kita akan kecewa, tetapi lipatan sejarah akan merakamkan bahawa Israel dan AS pernah menjadi musuh dunia, hal ini akan ditanggung oleh keturunan mereka di dekad-dekad mendatang, ianya akan menjadi pengajaran kepada generasi masa depan.

4- jika di tinjau situasi di Malaysia, setiap kali ada tindakan Israel menyembelih umat Palestin , ribuan akan turun di jalanan berteriak, membakar bendera , membakar semangat masing2 agar membenci Zionis-Israel. Episod ini berulang saban tahun … bagai mana saudara melihat perkara ini ? atau mungkin demostrasi kita tidak terarah ?

Lihat di UK, demo berlangsung setiap hari di depan kedutaan Israel memaksa mereka menghentikan serangan. Hal ini memberikan tekanan terhadap para petugas di kedutaan tersebut. Di Turki para demonstran samada Islamis, Sekularis, golongan kiri, Krisitian dan Yahudi berkampung di hadapan kedutaan Israel sehingga peperangan berhenti ataupun mereka keluar meninggalkan Turki. Begitu juga demo-demo di negara-negara Aab dan eropah di seluruh dunia.

Ada demo khas para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Libya dan negara-negara lain yang menatijahkan memo dan prosedur untuk membawa Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa. Di Tunisia ada demo para penggiat seni yang menyeru rakan-rakan artis di seluruh dunia untuk bersama melakukan sesuatu. Mawi dan lain-lain rakan artis perlu pro-aktif menyeru rakyat Malaysia untuk menyumbang dan berderma untuk Palestin.

Saya lihat di Malaysia, demo yang sepatutnya dilakukan ialah di hadapan kedutaan Mesir memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir. Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau. Mungkin para graduan al-Azhar boleh memberikan tekanan terhadap Syaikh al-Azhar agar mengeluarkan fatwa kepada Mubarak agar membuka pintu sempadan Refah. Mereka juga perlu mengeluarkan kenyataan keras terhadap Mubarak, ambil al-Jazeera untuk membawanya ke udara, insha Allah graduan al-Azhar di seluruh dunia akan bangkit…sudah sampai waktunya para ulama seluruh dunia mengajar Mubarak.

Pertubuhan doktor-doktor dan pengamal perubatan di seluruh Malaysia juga boleh berkempen seorang seribu ringgit sumbangan perubatan untuk dikirimkan ke Gaza, dan jika dapat mereka pergi ke Gaza untuk membantu. Begitu juga para peguam yang selama ini kononnya bergiat untuk hak asasi manusia wajib tampil memperjuangkan nasib rakyat Palestin…

5-Dengan reputasi OIC yang semakin tercalar, di manakah lagi umat Islam mahu bergantung harap utk menyelesaikan konflik puluhan tahun ini ?

Masyarakat sivil di seluruh dunia Islam perlu bangkit. Jika para ahli politik gagal, pertubuhan2 NGO boleh bersatu dan lakukan sesuatu. Contoh bot-bot yang membawa bantuan seperti yang diusahakan oleh Free Gaza Movement boleh dicontohi. Masyarakat sivil dan pengguna mempunyai kuasa yang kuat untuk memberikan tekanan ekonomi, moral, akademik dan juga melalui media. Jiakalau para aktivis pecinta haiwan boleh memberikan tekanan kepada syarikat-syarikat gergasi, sudah tentu umat Islam yang berbilion ramainya itu boleh menggerakkan sesuatu juga.

6- Fosfurus putih telah di gunakan Israel utk mengebom. Tidakkah ia telah di haramkan penggunaannya. Adakah ia pertama kali digunakan ? atau ada senjata haram lain telah digunakan tetapi tidak mendapat liputan media ?

Tiada istilah haram di dalam kamus Israel. Bagi mereka segalanya adalah harus untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang disifatkan sebagai musuh negara haram Israel. Rekod jenayah mereka bukan bermula hari ini. Lihat tulisan Robert Fisk baru-baru ini yang menunjukkan rekod buruk Israel di Lubnan dan Gaza sebelum-sebelum ini. Atau lebih dahsyat lagi di zaman-zaman pre-Israel di mana golongan Irgun dan Haganah telah menyembelih rakyat Palestin demi menubuhkan negara Israel. Sikap kebinatangan ini telah menjadi pilar utama penubuhan negara mereka, ia mengalir di dalam urat nadi setiap penganut faham Zionis.

7- Kenapa saudara menyarankan demo di adakan di hadapan kedutaan Mesir ? Saudara turut menggesa agak di tarik balik para pelajar terutama di Al Azhar Universiiti . TIdakkah ini pandangan yg ekstrim ?

Kita kena realistik. Mengapa Mesir?, kerana Mesir telah menutup pintu sempadan Refah. Tindakan paling realistik ialah membuka pintu sempadan tersebut. Malangnya tiada tekanan terhadap Mubarak untuk membuka pintu sempadan tersebut. Maka tindakan yang agak pro-aktif perlu diusahakan agar Mubarak tahu bahawa masyarakat dunia tidak bersetuju dengan beliau. Saya tidak menyuruh para pelajar itu sendiri yang balik, tetapi negara-negara Islam yang serius terhadap isu ini dan mahukan tindakan yang segera demi menyelamatkan rakyat Palestin…

8-Boikot barangan keluaran Israel adalah mustahil kerana kebanyakan produk2 mereka tumbuh subur di Malaysia, pendapat saudara ?

Benarkah sedemikian? saya tidak pasti apakah barangan Israel yang terdapat di Malaysia. Jika barangan AS saya pasti banyak. Cuma kena dibezakan di antara syarikat yang terlibat membantu Zionis dengan barangan syarikat yang tiada kena mengena dengan Zionis. Walau apapun, apa salahnya kita semarakkan penggunaan barangan tempatan dan negara-negara Islam.
Seperkara lagi, seruan boikot perlu dilakukan dengan nada solidariti agar semua rakyat dapat bersama dan bukanhya dengan nada hukum. Wajib boikot, haram makan barangan AS dan sebagainya akan menimbulkan kontreversi dan akan dipandang sepi oleh golongan non-Muslim malah oleh para sekularis esktrim.

9-Kenapa George Galloway menjadi tumpuan media dan masyarakat di UK. Apa yang dia telah buat utk Palestin ?

Galloway merupakan pembela masyarakat tertindas dunia di dalam politik UK. Beliau mewarisi tradisi Tony Ben. Beliau menjadi juru cakap rakyat Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan dan juga negara-negara Amerika Selatan. Bak kata Khomeini, pembela golongan mustadhafin. Kata-kata beliau boleh membangkitkan semangat masyarakat UK dan membentuk public opinion, samada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim.

10-Dengan jumlah rakyat Malaysia yang ramai , kenapa wang bantuan ke Palestin dari Malaysia masih sedikit dan lambat berbanding negara2 lain ? apa masalah sebenarnya ? apa cadangan saudara utk mempercepatkan proses bantuan kemanusiaan ke sana ?

Kita perlu pertubuhan yang mempunyai fokus yang spesifik seperti Mercy dan Bulan sabit merah, atau mungkin FIMA. Kita perlukan badan yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan bertaraf dunia di Mesir ataupun di dalam Palestin sendiri. Satu lagi, kutipan kita perlu kepada sasaran yang jelas, contohnya kita sasarkan kutipan RM 50 juta dalam tempoh terdekat, dan lakukannya dengan usahasama media yang boleh keudarakan iklan-iklan di waktu-waktu perdana.. Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.

73 Comments
  1. Bismillahirrahmannirrahim..

    aku tgk pbincgn semakin hangat kt sini..rilek2..jgn marah2..jgn panas2..cool2.sokong antara post2 kt atas..antara yg kita leh bt,doakn saudara2 kita di Palestin sana..klu leh stiap abes solat…pada pndgn aku boikot brgn Israel antara the best way tok jatuhkn Israel..kita nk bjihad kt sana xmampu..bc qunut nazillah..tp yg aku harapkn,kita sesama la buat cdgn2 yg dibentangkn kt sini..xmo la ckp je lebh..tp buatnye tak penah..kadg ada tg dpt msg tu,forward bukn men..tp xwt..jgn la jd cmtu k..Insyaallah..semoga Allah akan membantu pjuang2 di Palestin..wallahuallam

  2. “Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (An-Nisaa : 148)

    Fikir sebelum mengeluarkan perkataan..kenapa perlu emosional sesama muslim..
    nak menunjukkan kehebatan anda di dalam memperjuangkan sesuatu perkara??

    Perhatikan Sheikh Ahmad Deedat mematahkan setiap hujah2 Paderi yang emosional dengan penuh ketenangan…

    Fikirkan bagaimana Salahuddin Al Ayubi menyantuni tawanan2 perang tatkala bumi Baitul Maqdis berjaya ditawannya..Adakah dia emosional tatkala membuat keputusan membebaskan orang kristian seperti mana tentera salib melakukan massive holocaust keatas umat islam sebelumnya..TIDAK…dia menangani nya dengan bijak dan penuh keimanan…

    Bersatulah sahabat2 muslim sekalian…

  3. salam..

    Selain doa, boikot…menjerit bencikan yahudi…
    ape lagi yg leh kt buat yer?
    Kita kt sni pun semu pnadai berckp jer…msing2 nk tegakkn diri sendri yg betul…
    Kalu kt sni pun dh mcm ni…cuba byangkn pemimpin2 dunia yg ego lebih tingi& berkuasa…lagi la teruk kn…

    Ape yg terjdi pd palestin sekrng..sudh tertulis dlm Al-Quran…kt sume sedia maklum…yalah semu tingi2 belajarnya…

    Tapi setakt nk bersatu dla virtual pun kt xmampu…nk bersatu di realiti…lagi la..

    Rakyt palestin terus..merana..kt bergaduh..pemimpin2 pn masing2 pertahankn..periuk nasi..masing2..maka..ke mana kita ni…

    tepuk dada tny iman…sendiri…mungkin apa yg berlaku..di palestin…tnda2 dari Allah supaya all hamba2Nya bersatu…
    Berubah la.& berdoa..Insya Allah..Allah tunjuk kan jalan….amin..

  4. salam…
    nmpknya semua kt cni diskusi,ckp elok2…
    cuma si halimhadi tu sja yg caci maki hamun tak tentu pasal.kalu dpn aku mau aku bg penampaq skali baru nk phm kot!!!
    yg hang duk caci maki ckp kasaq konon nk bls kt yahudi kt cni buat apa…kami bkn org yahudi.saudara hng gk.
    btoila lain org…lain cara didikan.kami ni didikan suruh ckp elok2,baik2dgn sedara…tp kalu naik mrh,ckp byk xmau.bg penampaq sja.
    ckp,discuss dgn bahasa elok2 skit ek…ok??

  5. kita nak doakan orang islam yang tertindas…kita tak solat..kita tak pergi ke masjid atau surau..macammana doa kita nak dimakbulkan…solat berjemaah! baru kita faham makna jemaah…kita perang orang kafir batul-betul..”jika aku diberi 10 orang pemuda yang beriman, nescaya akan hancur seluruh orang kafir” …ayat nie tidak menyatakan orang yang mengaku islam saja, tetapi orang islam yang beriman…

  6. Kita perlukan khalifah bagi menyatukan umat islam…menyatukan mujahid mujahid dari seluruh dunia bersatu menentang kuffar israel laknatullah ni…macam salahuddin al ayyubi…

  7. salam saudara2 ku.Allah bersama org2 yg bersabar.setiap org ada cara msg2 kan.xyah la gaduh2 k.kita sama2 islam.hopefully pelajar2 kat mesir ni xkira la doktor atau ustaz mampu bersatu utk melakukan sesuatu.insyaAllah.

  8. midoriokasan..setuju dengan pandangan anda..
    Dah terang lagi bersuluh kita amat2 memerlukan perpaduan sesama umat islam
    dalam menangani hal ini…
    Dimana OIC? Liga Arab? tak abis2 dengan deklarasi mengutuk…sesiapa pun boleh mengutuk..

    Lihat pemimpin dunia islam skang ni..sanggupkah mereka meninggalkan kemewahan, anak isteri dan hidup bermusafir di dalam khemah2 perang bagi menegakkan agama Allah..
    Yang ada kebanyakkannya melihat dunia ini adalah segala2 nya..
    tunduk kepada kuasa2 kuffar…

    Perkara pertama yang dilakukan oleh Salahuddin tatkala menjadi Sultan Mesir adalah menyatukan kerajaan2 Islam pada masa tu..walau ramai yang tak suka tapi dia berjaya menyatukannya..
    ..dan lihatlah hasilnya….Pembebasan Al-Quds.

    Salahuddin Al Ayubi, Bilakah penggantimu akan muncul……

  9. ya btul…saudara kita di palestin disembelih.tup-tup ada plak nk jd hero kt cni.
    alhmdulillah…dlm paper kmarin pn presiden mercy dh bg salute kt student di al-azhar sbb diorng pn tlong sediakn bntuan makanan,ubat2an…masukkan dlm trak mercy nk ke palestin.ni yg duk caci maki dlm ni apa pekdah??doa pn xberkat mulut penuh dgn kata2 xelok…muhasabahlah!!!
    hrp2 rmai student medic kt al-azhar,cairo u,ain syams dll dpt menyusup ke palestin dgn slmt.kami yg lemah ni hnya dpt berdoa dari jauh supaya Islam terbela…insyaAllah.

  10. tahniah buat mereka y dpt bntu utk tlong..klu kita dpt bdoa ramai2,bzkir serta apa2 y rsa sesuai ktika ini dan selma utk umat ISLAm itu lbh baik..drpda kita mngutuk org xtntu hala..qunut nazilah kt msjid2 di msia khususnya WJIB..jd bg y xpernh jemaah tntu xtau apa tu qunut nazilah..so,bwk2 la pergi msjid ye..jgn solat sorg2…

    klu y rsa brni sgt nk msuk palestin(dr msia) silakan la..bkn skdr ckp je..ni nk pgng snjata pn xreti..byk ckp je..bg stdnt azhar n mdic..dsyorkn wat perhmpunn aman kt kdutaan msia(skdr cdgn) kmpulkn smua mrk y rsa MUSLIM MUKMIN buangkn sifat taksub..xkira r korg PMRAM ke,ISMA ke,UMNO ke PAS ke…kmpulkn..BSATU HATI..bg pemimpin pljar..BRSATU HATI bila lg…

    SALAM KEAMANAN utk PALESTINE

    **skdr cdgn n cbrn..ada brni ka?bg y xpernh dtg msir jgn byk tujah bdk2 msir ye..ngra msir ngra “darurat”..silap2 msuk pnjra bwh tnh..klu pernh dtg takat g piramid baik tok sah brapi2 nk slhkn stdnt2 y ada kt sini…either one medic or azhar..mrk tu jgk y bwk mutiara2 dr msir utk ank bgsa..

  11. xmau gado2.kite yang jauh ni wlupun xdapt nak bantu saudra2 kite kat palestin, tapi kita boleh bersama-sama berdoa agar mereka mendapat perlindungan yang sebaik2nye daripada ALLAH s.w.t.

  12. tmbhan pulak dah ada seruan dr DR.YUSUF QARDHWI mngtakn smua umat ISLAM WAJIB buat apa2 y trbaik..y mampu bdoa,truskn bdoa,y mmpu bdemo truskn demo,y mampu memboikot truskn boikot(jgn brnti) y mampu bntu dgn brg2,pakain,mknn,duit atau apa sja truskn..y mmpu ckp kt parlimen,DUN or apa2 y brkaitn truskn…suara kita sbnrnye smpi tp MRK Y DILKNAT itu sjer memekakkn tlinga..igt apa y blaku msa mrk srng LEBANON dulu..akhrnye “mrk” kalah…jd usah brnti..truskn bjihad…

    **bg y sdg xm,truskn dgn mnjwb paper..anda jgk sdg bjihad..lps xm..prgilh ke mna2 tmpt y sesuai utk mnyatakn sokongn anda trhdp plestine…

    SALAM KEAMANAN UTK PALESTINE

  13. **PERHATIKAN APA Y DIPERKATAKAN..ADA JGK CDGN DR BELIAU AGR JGN HTR STUDENT KAT US..SO,SPER Y KUTUK2 BDK2 AZHAR KT MSIR MMG XTAU APA ITU MTIARA APOA ITU KACA…

    Wajib boikot produk AS – Nooh

    JOHOR BAHRU 11 Jan. – Umat Islam wajib memboikot barangan Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi sebagai usaha membantu perjuangan rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel.

    Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot (gambar) berkata, tindakan itu juga merangkumi usaha mengelakkan diri daripada melancong atau melabur di negara tersebut.

    “Hukum memboikot barang AS kini jatuh wajib dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib iaitu haram,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Beliau menegaskan, hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dan membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza.

    “Usaha ini juga perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam,” katanya.

    Nooh berkata, negara-negara Islam dicadangkan mengelak daripada menghantar pelajarnya ke AS dan mencari negara alternatif yang menawarkan kepakaran yang sama.

    “Kalau negara lain sudah tiada kepakaran dalam bidang tertentu baru kita hantar ke AS kerana melalui pelaburan pendidikan, penginapan dan sebagainya, AS mengaut keuntungan besar,” katanya.

    Selain itu menurutnya, masyarakat Islam perlu mengelak daripada melancong ke AS sebaliknya memilih destinasi menarik lain khususnya ke negara-negara Islam.

    “Selain itu sudah sampai masanya, negara-negara Islam melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mewujudkan pasukan tentera sendiri seperti yang dimiliki negara-negara Eropah dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),” katanya.

    Nooh berkata, langkah itu penting untuk memastikan keselamatan dan pertahanan umat Islam agar tidak dikotak-katikkan oleh musuh Islam.

    Selain itu, menurutnya, peranan masyarakat Islam dunia khususnya dari kalangan negara kaya ialah menaja pendidikan rakyat Palestin yang berpotensi di universiti tempatan.

    “Ini kerana aspek pendidikan amat penting dan para pelajar Palestin akan menjadi modal insan penting untuk membantu pembangunan dunia Islam pada masa depan,” jelasnya.

  14. Salam,

    Allah telah menetapkan bahawa kejayaan manusia hanya dalam agama, dengan cara Nabi SAW, sunnah Nabi SAW.

    Kalau umat Islam nak berjaya di GAZA, umat islam perlu mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sunnah yang paling tinggi ialag sebahyang berjemaah di masjid/ surau.

    Maka, marilah kita sama-sama menghidupkan sunnah nabi SAW yang paling agung ini dengan bersembahyang fardu 5 waktu di masjid secara berjemaah. Insyaallah, nusrah/ pertolongan Allah akan datang.

    Di Malaysia, kita hidupkan sunnah di seluruh masjid-masjid kita.

    Moga-moga berkat usaha kita yang tak seberah ini asbab nusrah Allah turun di bumi Palestin, Amin

  15. Orang Islam sedang dihina sebenarnya sekarang ni dek kerana penyakit “Wahnu” (betulkan kalau saya silap) Cinta dunia takut mati. (sama gak la ngan yang menulis nih). Umat Islam ramai di seluruh dunia tapi tak mampu berbuat apa apa walaupun saudara kita kat palestin terus terusan dibunuh. Kegerunan kuffar terhadap umat Islam telah tiada.
    Jadi marilah kita balik kepada Islam yang Hakiki…mengenal dan mencintai ALLAH dan Rasul tanpa berbelah bagi…buangkan sifat mazmumah (walaupun susah nak buat tuh)…..
    Wallahualam…
    (Saya ni tak berapa pandai dalam bidang agama, jadi kalau ada salah dan silap atas pernyataan saya diatas, harap dapat ditegur.)

  16. slm. ckp kalau tak buat takde gunanya. apa yg elok kat atas tu (minus maki hamun ye) kita praktikkan: boikot, for example.

    we do what we can with whatever we’re capable of. klu stakat student, there are other things that we can do for palestine without dissing tuntutan2 lain dlm hidup. (klu tak tarik baliklah schship tu. sgt2 tak bstuju dgn penarik balikan biasiswa)

    blajar elok2, dpt jd org bpengaruh. then you can make a change. skarg, study..doa, boikot ke. yek? 😉

    hrp2 lepas ni org smua bleh discuss elok2..

    jihad tak kira di mana, asal niat li llahi taala.
    slm.

    -confused.

  17. Aku x setuju la pasal boikot2 ni…..cube pikirkan…sekarang ni dunia global,berita boikot ni akan sampai ke negara2 laun…..cuba pikir tentang negara2 yang bukan islam????nanti diorang akan kecik ati dengan tindakan kita…nanti akan berlaku perang pulak…sikap prejudis terhadap negara kita ni yang anti barang keluaran negara bukan islam,padahal mana tau ada jugak saudara seISLAM kita 2 ada jugak mengeluarkan barang atas nama negara mereka(U.S,EU.PERANCIS,DLL)….nak boikot boleh…tapi pastikan barang 2 keluaran syarikat yang menaja ISRAEL…jangan jadi bodoh la(maaf la kalau kasar)….ada jugak yang yahudi tapi membantah tindakan yang dilakukan negara israel ni….YAHUDI YANG BALUN PALESTIN NI BUKAN SEMUA YAHUDI TAPI YAHUDI YANG ISRAEL-ZIONIS….MAKHLUK ZIONIS NI LA YANG PEROSAK….FAHAM 2…NAK BOIKOT,PASTIKAN DULU SYARIKAT YANG MENAJA ISRAEL….TERLALU BANYAK BARANG U.S KAT MALAYSIA NI…NESTLE ni barang yang besar ADA PULAK ANAK2 DIA MACAM MILO,JEM,MARJERIN,DLL..

    LAGIPUN U.S NI KIRA MACAM BAPAK EKONOMI…EKONOMI DIORANG JATUH MAKA EKONOMI NEGARA DUNIA TURUT JATUH…..KALAU NAK BOIKOT SANGAT SEMUA BARANG2 U.S NI KITA KENA LA WUJUDKAN EKONOMI KITA SENDIRI(EKONOMI DUNIA ISLAM) YANG X TERLALU BERGANTUNG DENGAN EKONOMI NEGARA2 LUAR….PIKIR LA PANJANG….SEGALA RASIONAL DAN IMPLIKASINYA…

    DARIPADA KITA GADUH2 MACAM NI BAIK KITA BERSATU..KIRIM DERMA,DOA,LAGI BAGUS KALAU P SERTA BERJIHAD FISABILILLAH…SEKIAN WASSALAM…

    iKHWAN mUSLIM…20m…
    (walaupun ana ni masih muda tapi ana suka berfikir tentang sebab dan akibat yang akan dibuat sebelum bertindak)
    kalau nak kutuk,kutuk la yang ana ni masih muda x berhak masuk campur…tapi ana ada hak jugak…)

    kalau yang mengutuk kerana umur ana ni pasti orang 2 x ingat sejarah perang nabi SAW…ingat x panglima perang yang masih muda tapi nabi lantik jugak…

    berikut kata2 cendekiawan:
    “jangan melihat siapa yang menegur kita sebaliknya perhatikanlah apa yang ingin disampaikan….boleh jadi ia baik untuk kita.”

    perkara inilah yang membuatkan ana berani menyampaikan komen @ pandangan kat sini….maaf yer semua kalau ada terkasar bahasa n kalau ada mengguris hati sesiapa….salam perjuangan….!!!!

  18. salam,
    sebenarnya..dlm perjuangn n berjihad tak kira besar atau kecil seseorg itu..
    tp yg pasti,hati n jiwa kte besar dan lakukan lillahita’la..
    namun,
    yg menjadi tnda tnye saya dr dulu sampi skrg..
    knp tak satukan umat islam n kte berjuang bersama..mmg aku mengerti bhawa ktakutn para pemimpin,takut negara yg dpimpin musnah n hancur,n
    aku tahu,bkn senang ssorg pemimpin nak membuat keputusan cz kena memikirkan soal kesejahteraan rakyat di bawahnye..n banyak aspek yg perlu difikirkan..
    kte juga pn tahu bahawa zionis laknatullah ni takut umat islam bersatu padu..
    mreka guna pelbagai cara utk memecahbelahkan kte umat islam..dgn ketakutan, dgn hiburan yg semakin melalaikn, dgn keseronakn dunia,dgn kebahagiaan dunia, dgn kelazatan sesuatu yg haram dan sebagainya..
    knp kte umat islam rmi2 tak bersatu,mmbantu saudara kte disana???
    aku juga pernah dgr bahawa bbrp buah negara yg akn memenjarakn rakyatnye yg turut dlm pprangn tu..??
    benarkah??..sejauh mne kbenarn tu,aku tak ketahui..
    Tp,sedar lah umat islam..!!!
    seribu satu cara kemusnahn dlm persaudaraan umat islam yg mereka cuba lakukan..pemesongn yg mreka cuba lakukan..
    perang di gaza adalah salah satunya..
    itu secara luaran yg kte nampak n rasai..
    tp, secara halus??
    siapa yg sedar??
    segelintir saje..
    mreka lalaikan umat islam dgn HIBURAN…
    LIHAT sekarang ni..bnyak rancangn yg berteraskan hiburan..
    konsert yg diadakan,sambutan sesuatu hari..antaranya merdeka n thn baru..
    mngkn de yg mengatakn bahawa hiburan aku tidak melalaikn..
    tp, para penonton yg hadir..?? mreka bersesak-sesak..
    bergeseran lelaki dan perempuan..tanpa rasa segan silu,bercumbuan,berpelukan di khalayak ramai,dlm kebanjiran manusia..tanpa kira peringkat umur..
    yg masih kecil lg,sudah berjinak dgn kancah sebegini..betapa teruk akhlak mreka..!!! yg berada di sekeliling hanya memerhati..mulut tak tertegur krn terlalu ramai..suara tak kedengaran utk menegur..krn suasana terlalu bising..
    hati yg berimn berombak marah dan benci dgn perangai sebegitu rupa,tp
    hati yg keras melihatnye,suatu fenomena biasa..
    apa ni???..mne sifat malu??..
    ibu bapa tak kesah kalu anak2 mreka tak de ilmu yg mendalam tentang agama..
    asal,anak2 tahu mreka beragama islam,sudah cukup bg mereka..
    krn apa??
    krn mereka juga begitu…cara kehidupan islam tak di amalkan..
    bknlah disuruh untuk menjadi ustaz atau ustazah..asal iman di dada kukuh dan tak terpesong akidahnya..
    jgn meniru gaya pemakaian org barat..kmu sama sahaja dgn zionis..
    org yahudi..
    jgn sampai,org melihat luaran kamu dan tertanya-tanya kamu muslim atau tidak..
    dek krn cara pemakaian kamu n amalan hidup kamu..
    aku mengharapkan kemenangan umat islam dari segala aspek..!!!
    BANGKIT DAN SEDARLAH WAHAI UMAT ISLAM..!!
    BERSATU HATILAH..!!!
    BERDOALAH…!!!
    MEMOHON KEMENAGAN UMAT ISLAM WALAU DALAM APA JUA ASPEK..!!
    ALLAHUAKBAR…!!! =D

  19. salam, ana akhukum fil islam. actually.. boikot tu skrg telah menjadi suATU yg fardiah.. sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai boikot, sye ingin membetulkan fahaman kite semua bersama. sekarang HAMAS bersama saudara2 kite di palestin sedang berjuang utk menegakkn maruah umat islam, tanah air(tanah wakaf umat ISLAM). sesungguhnye mereka tidak rela utk menaggadaikan tanah palestin kepada laknatullah ZIONIS seprti yg telah dilakukan oleh FATAH.kalau kita lihat HAMAS dan rakyat palestin bermati2n menegakkan lafaz LAILAHAILLAH dan kita sebenarnya sepatutnya wajidb terlibat bersama2 mereka kerana mereka sbnrnya berjuang bkn utk kepentingan sendiri tetapi utk menegakkan akidah islam disana dan kite perlu always BARE IN MIND. olehitu MUNGKIN(saya tegaskan) kita terlepas daripada jihad fizikal (berperang) tetapi kite tidak terlepas daripada JIHAD HARTA & EKONOMI. oleh itu juga sebenarnya saya ingin membetulkan sedikit fahaman kite lebih2 semua, istilah DERMA sama sekali tidak boleh digunakan akan tetapi harus ditukarkan kepada JIHAD HARTA. dan jangan ingat “derma” kitu tuh, kite boleh cakap yg mereka rakyat palestin berhutung budi akan tetapi kite yg berhutang sebaliknya. renungkan kata2 ni ” THEY PALESTIN DOESNT OWE US ANYTHING, BUT WE ARE THE ONE WHO OWE THEM EVERYTHING” kenape?kerana mreke lah wira mujahid islam yg snggupp menggadaikan segalanya utk tgakkn islam… TAPI KITA xkan jihad harta DAN jihad EKONOMI, boikot kita x mampu lakukan..ALLAHUAKBAR syeh.. BANGKIT LAH!! USAHA KITA NI HANYALAH KECIL berbanding Rakyat palestin disana.. di kepung selama 16 bulan tnpe bekalan mknn, ubat n len2.. so kalo sekecil2 usaha boikot pun kite x mampu lakukan ana pun x tau ape yg hendak katakan. HARAP kiTE sume pemuda2 bangkit bersama2 sertai semua usaha utk jihad EKONOMI dan JIHAD HARTA. sekian WSaLAM… (anipan_sakuragi@yahoo.com)

  20. Aih kfc pun xbleh nak boikot camne nak seru kpd jihad.punya bnyk peluang pkerjaan kat msia camnela bleh nampak kfc je…allah yg menjamin rezeki setiap makhluk,bukan kfc.bukan nestle..tak sakit pun kalau tak minum milo.jauh sekali nak mati…setiap muslim yg celik imannya pasti menyokong boikot tanpa bolak balik..
    Marilah bersama memikul kesusahan mereka.boikot nestle,unilever,amerika dan israel.
    Nanti allah tanya: apa kamu buat bila saudara palestin kamu diperangi?

    Apa nak jawab???

  21. Jangan mempersoalkan atau mempertikaikan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syara’ :
    Maksud Hadis, “Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfeadah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka”.(Mutaffaq’alaih)

    Jawapan ana – boikot.

    Jangan mengangkat suara tinggi lebih dari keperluan pendengar. Ini adalah perkara yang dilarang oleh Allah Ta’ala sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
    “Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.
    (Luqman : 19)

Comments are closed.