Selasa ,13/01/2009 – Hamas menegaskan bahawa operasi tentera Zionis gagal dalam mencapai matlamat mereka untuk menghancurkan Hamas. Hamas juga tidak akan berputus asa meskipun pelbagai sekatan dan keganasan Zionis. Dr. Ismael Ridwan salah seorang pemimpin Hamas menyatakan setelah 16 hari serangan Zionis terhadap masyarakat Palestin, tujuan mereka adalah untuk menjadikan rakyat Palestin akur dengan segala kehendak Zionis-Israel.
Beliau turut menyatakan bahawa gencatan senjata tidak mungkin berlaku sekiranya keganasan serangan Zionis masih berterusan, masih terus menduduki Gaza, tidak membuka sempadan secara keseluruhan terutama di Rafah.
Hamas turut meminta agar pemimpin Zionis-Israel di dakwa di Mahkamah Antarabangsa kerana keganasan yang meraka lakukan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
6 replies on “Hamas: Kami tidak akan mengalah.”
Salam,
Semalam tak dapat tidur memikirkan nasib rakyat Palestin di Gaza. Kerisauan hati timbul apabila membaca berita yang tentera Israel sudah melangkah jauh ke dalam Gaza. Apa yang sedih sangat, iaitu umat Islam begitu ramai diseluruh dunia malah ada sumber-sumber kekayaan dunia iaitu minyak tapi kita masih di sini lagi, hanya setakat mampu berdoa. Namun habis doa saja, kita masih mampu lagi bergelak ketawa dengan keluarga dan sahabat handai. Beginilah nasib umat Islam sekarang ni dulunya ada kemuliaan tapi sekarang dipandang hina oleh mata musuh. Apa yang berlaku dengan mangsa kematian yang begitu ramai di Gaza, kita tak boleh salahkan PBB dan Israel. Allah Taala menjadikan mereka untuk bermusuh dengan umat Islam. Oleh itu, salahkan diri sendiri. Kita juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti di atas kekejaman ini…
Salam…sayer org baru kat cn
buley x kite sediakan tiket2 untuk bawa kanak2 n baby yg x berdosa tu dok malaysia?
Yg da dewasa tu kita xley wat apa la kan,coz they have to protect their own country.
semasa di sekolah dulu, saya menghadiri suatu ceramah. ustaz memberitahu bahawa sebagai umat islam kita mempunyai 3 buah masjid suci yang perlu di pelihara. masjidil haram,masjidil nabawi dan masjidil aqsa.Allah telah menjanjikan perlindungan yang sepenuhnya kepad 2 masjid suci,masjid nabawi dan masjidil haram,tap tugas menjaga Masjid Aqsa diletakkan sepenuhnya ke atas umat islam seluruhnya.Nah, lihatlah bagaimana nasib masjid suci yang ke 3 ini yang berada di bawah tanggungjawab umat islam sepenuhnya. ia menggambarkan keadan umat islam hari ini….Tanggungjawab untuk menjaga masjid Aqsa bukan sahaja terletak ke atas umat palestin sahaja, tap seluruh umat islam ketika ini.Keadaan Masjid Aqsa menggambarkan keadaan umat islam ketika ini.
Suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh rakyat palestin sendiri,yang mengatakn bahawa umat islam di luar palestin tidak perlu meenghantar wakil2 dari luar untuk membantu mereka berjuang kerana umat disana telah mempunyai jiwa pemuda_pemudi yang sudah cukup untuk menggentarkan musuh hasil dari tarbiyyah yang amat panjang.Jiwa pemuda yang sanggup berjuang kerana Allah dan sanggup untuk mati syahid di jalannya.Pemudi yang mampu menggempurkan barisan pihak musuh.
Mereka berkata apa yang harus dilakukan ialah mendidik jiwa anak muda masing2 supaya mempunyai jiwa2 seperti mereka.Jiwa pengorbanan.Tahan ujian. Syahid matlamat utama.Yang saya rasakan bahawa tugas ini merupakan satu tugas yang amat berat kalau dilihat dalam situasi semasa.Pemuda_pemudi di sana mengerah tenaga mengangkat senjata,menyusun strategi,yang mana di dalam dirinya hanya ada”hasbunallah wa ni’,malwakil”,bagaiman pula dengan pemuda_pemudi kita di sini?……
saya yakin..masih ade pemuda2 disini yg bersemangat jihad…tapi..tak diberikan peluang….dan…saya sendiri…tak cukup kuat iman nya ntk melepaskn suami pergi berjuang..aduh…
kpd ain, ya mmg btol kta masih ade pemuda yg sanggup berjihad.. tapi pada pendapat saya pada ketika ini, kite perlu memperkuatkan sistem ketenteraan kite sendiri dahulu.. dan apa yang paling penting ialah semangat “Nationalism” iaitu cintakan tanah air itu perlu disemai kpd anak muda zaman sekarang utk mengelakkan perkara yang sama berlaku pada negara kta.. dan jgn lupe, sntiasalah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.. AllahuAkbar!!!
Salam……
selamat berjuang kepada semua pejuang di Gaza
Semoga Allah bersama kalian…