Terkini : Menteri Dalam Negeri, Said Seyam terbunuh semalam.

Jumaat ,16/01/2009 – Said Seyam, salah seorang pemimpin Hamas dan Menteri Dalam Negeri yang dilantik kerajaan Ismail Haneyya, terbunuh pada petang Khamis semalam bersama dengan anak lelaki beliau , abangnya dan isteri abang beliau dalam satu serangan udara Israel di sebuah rumah dalam kawasan Yarmouk di pusat bandar raya Gaza.

Sumber-sumber Hamas berkata , Seyam terbunuh apabila jet pejuang Israel mengebom rumah Sheikh Eyad Seyam, abang kepada Said Seyam semasa lawatan beliau ke rumah abangnya. Pengawal peribadi Said Seyam turut terbunuh.

Said Seyam dilahirkan pada 22 Julai 1959 di kem pelarian Shati’ barat bandar Gaza setelah keluarga beliau diusir pada tahun 1948 daripada kampung Jura berdekatan bandar raya Askalan.

Beliau menamatkan pengajian di Maktab Perguruan di Ramallah pada 1980 dengan mendapat diploma mengajar sains dan matematik. Beliau memperolehi ijazah dalam Pengajian Islam daripada Jerusalem Open University pada 2000.
Beliau mengajar pada sekolah-sekolah UNRWA di Gaza daripada 1980 sehingga 2003. Akibat tekanan oleh majikan kerana keterlibatan beliau di dalam politik, beliau terpaksa berhenti mengajar. Beliau merupakan bapa enam orang anak.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  Abu Awatif

2 thoughts on “Terkini : Menteri Dalam Negeri, Said Seyam terbunuh semalam.

Comments are closed.