Mayat rakyat Palestin menjadi makanan anjing.

Jumaat ,16/01/2009 – “Ya Allah ! Tidak pernah saya menyaksikan kezaliman sebuas begini !”, teriak Kayed Abu Aukal. Doktor di bilik kecemasan tidak percaya melihat apa yang tinggal pada syuhada Shahd umur 4 tahun, hanyalah saki baki cebisan daging yang masih melekat pada tulangnya.

Beliau mati selepas dibom oleh kereta kebal di kem Jabaliya dimana beliau sedang bermain. Bila mana ibu bapa mereka hendak menyelamatkan beliau, tembakan peluru Israel menghalang mereka berbuat demikian.

Selama 5 hari, abang beliau Matar dan Mohamed berusaha untuk mendapatkan jenazah beliau tetapi dihalang dengan tembakan peluru Israel. Tidak tahan melihat perbuatan kejam dan buas itu yang berlaku didepan mata mereka, akhirnya mereka memberanikan diri dan lalu menemui syahid.

“Mayatnya dibiarkan oleh Israel laknatullah dengan sengaja untuk anjing-anjing merobek beliau yang tidak meninggalkan walau sebahagian daripada badan beliau”, teriak Abu Aukal dimana belliau tidak pernah melihat pembunuhan sekejam ini.

Mereka bukan sahaja membunuh malah tidak berperikemanusiaan dengan melakukan kebuasan terhadap jenazah kanak-kanak.

sumber : http://www.islamonline.net
penterjemah :  anonymous

42 Comments
  1. Ya Allah..
    tolonglah hambaMu di Gaza..
    mengapakah mereka diseksa sedemikian..
    YA ALLAH..teruknya..xsanggup aq membaca nyer..

  2. Berhentilah menjadi umat yang manja,asyik menyeru ‘ya allah,ya allah…’. Tanya diri,apa yang kita lakukan untuk palestin dan gaza? Kfc dan starbuck’s pun tak boleh nak tinggalkan, tapi mengharap bantuan Allah selalu.sedarlah umatku.

  3. Amanat As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin

    Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa arab telah berkata :

    “ tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

    Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati ( lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku ( yang perlahan ini ) .

    Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan ( kerusi roda ) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai panyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan .

    Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab , kalian diam membisu dan lemah , atau adakah kalian semua telah mati binasa.

    Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadapa kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah… tiada satu pun kumpulan ( daripada kalangan kalian ) yang bangkit menentang musuh-musuh allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yangn dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas… tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

    Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemulian. Tidak malukah Negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringkan bebanan kami.

    Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokok-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:

    “ ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!”

    Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis didahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dengan keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami , wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

    Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian ( menyerah ). biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada`.

    Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian . kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

    Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi allah , jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.”

    “ Ya Allah kami mengadu kepadaMu … kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada ornag-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Enkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan meyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

    Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa , kanak-kanak yang diyatimkan , wanita-wanita yang dijandakan , ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan , tanaman-tanaman yang dirosakkan.

    Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan ( umat ) kami, berpecahnya perpaduan kami , berbagai-bagainya haluan kami, terbelakangnya kami.

    Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami , betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami… “

    RENUNGKANLAH WAHAI SAUDARAKU………

  4. selain boikot doa senjata mukmin, mari lah kita bersihkan jiwa dr penyakit2 hati supaya doa kita Allah swt makbulkan

  5. Salam, rasa sedih dengan keadaan ummat Islam seakidah, menderita atas kekejaman israel laknatullah dan sekutunya di Palestin,betambah sedih apabila keputusan dibuat untuk memboikot brg2 keluaran israel tetapi masih ada umat Islam yg mahu membela ekonomi mereka…katanya, ekonomi malaysia akan rugi jika kita boikot brg2 mereka..Subhanallah..apa ini!!.. sepatutnya harus kita sedar betapa banyaknya brg2 dari barat yang kita gunakan di Malaysia. seharusnya inilah masanya untuk kita menaikkan ekonomi umat islam. beri sokongan dan belilah barangan buatan Islam.

  6. salam,sy tramat2 sokong mohd lufti.apalh sgt kerugian dlm ekonomi kte ni klu nk d bndingkan ngan pnderitaan org2 palestin 2..2 saje usaha yg trmmpu kte bwat slain doa.pngorbanan sekecil 2 pn xkn la xley nk bwat

  7. aku kecewa…smlm aku trun kl sbb ada keje..pastu singgh di mcd tok pki wireless dia tok iphone memb aku..dok luar je pn..boikot2..tp yg kcewa nye,aku tgk still ramai org dlm tu..yg ramainye melayu,beragama Islam..pastu dtg ngan awek yg tergedik2..sakit mata..xkn dorg tak terdedah dgn isu2 ni…skang da canggih ..nk bc berita,mcm2 tempt leh access..ayuh boikot2..

  8. Salam..maaf admin.terikut2 cara doktor2 azhar yg memanggil pelajar arab dgn ‘kalbah’ dan himar.tak dapat bendung rasa kecewa bila membaca luahan en.mohd jurit di Utusan tentang ketidak prihatinan masyarakat MELAYU ISLAM malaysia yg masih tak mahu memboikot barangan amerika.kami di luar negara lebih susah dengan kekurangan barangan alternatif.namun boikot tetap dilaksanakan atas pengakuan sebagai mukmin.terima kasih admin kerana membetulkan kesilapan saya

  9. Saya rasa kempen perlu dijalankan dgn lebih meluas dan penggunaan media yang maksimum.misalnya buat papan tanda dan kain rentang.macam mana mereka memancing minda umat dgn media,kita buat begitu juga.blogger2 pn kene luaskan perbincangan ke laman2 yg banyak tumpuan supaya lebih ramai golongan belia dapat disedarkan.salin artikel2 di dalam ini dan sebarkan melalui segala saluran yang ada kerana saya rasa website ini hanya disinggahi org2 yg tahu dan mengambil berat sahaja.

  10. Satu lagi saya cadangkan admin buka satu ruang khusus untuk berforum.sebab sayang sekali bnyak komen2 bernas para pembaca xdapat dikongsi dgn pembaca lain kerana berbeza tajuk berita.cthnya seperti surat As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin di atas

  11. betul 2,salah satu cara kita nak tolong rakyat palestin adalah dgn MEMBOIKOT barang2, itu adalah sekecil-kecil pertolongan yang kita buat untuk menolong rakyat palestin yang menderita kesakitan di dunia walaupun JANNAH menanti kelak,i’allah.HAPUSKAN ISRAEL LAKNATULLAH..

  12. salam…kesedaran ttg isu palestin ni wajib ke atas semua org islam…yg xsedar,mesti disedarkan,…yg lupa,mesti diingatkn…yg xtau,mesti ditunjukkn…sbg tnda kita semua SATU UMMAH DI BWH SATU AGAMA…

  13. klu kita beli brg boikot,mknanya kita tolong ekonomi yahudi.pstu ekonomi yahudi jadi kuat@brtambh kuat,pstu yahudi beli snjata,pstu guna snjata tu bunuh umat islam palestin,pstu mayat dorg dimakn anjing…hmmm,kita mnyumbang kpd yahudi,atau dlm kata lain,bersubahat…sedihnya…apa pun,hrp ckp2 kita yg berkesedaran ni smpi ke masyarakat luar,kmudian dorg sedar & insaf,i’Allah…

  14. assalaimualaikum semua….
    sahabat yang di kasihi sekalian…
    aku amat berasa ter amat sedih dgn umat islam zaman skarang dan lebih2 lg rakyat di malaysia….
    saling tindas menindas antara satu sama lain….
    amat kecewa amat sangat

  15. Anda tak perlu boikot barangan amerika dan israel JIKA ANDA TAHU APA YANG NAK DIJAWAB DI HADAPAN ALLAH KELAK. DAN, JIKA ANDA RASA NAJIB BOLEH MENYELAMATKAN ANDA DI MAHSYAR, SILA IKUT CAKAPNYA DAN KETEPIKAN AKAL WARAS ANDA.

  16. boikot maggi..guna mee sedap..rusky..pama

    boikot McD.. kfc..guna ayamas..marry brown..mcm2 lg..tp kita tak tahu

    boikot coke..minum air masak dah leeeeee

    boikot colgate…mukmin….safi..kn ade

    boikot garnier..clinique…loreal…belmbk lg kalo nk cantik.SK11 ha..guna laa

    boleh2..kita rakyah malaysia..mampu sbenarnya halau McD starbak dan lain2 dr negara kita..

    prosperity bege pon msia yg cipta..hehe..nk sgt..suh marry brown wat.

    boleh wahat saudara2 islam ku..

    jom sama2..guna alternatif

    haa..sbb tu Rasulullah berniaga..tanda Baginda nak kita kuasai perniagaan…perniagaan makanan terutamanya..

    jom bisnes…jom!!

  17. Pada pendapat saya, semua ini ade pro dan kontra nya. Dari satu sudut, benar bila kite boikot, kite mengurangkan duit yang mampu Israel la’natullah gunakan untuk membunuh umat-umat Islam di Palestin. Tapi jika dilihat pada sudut lain, ianya akan menyebabkan ekonomi jatuh. Bagaimana jika mereka memang bekerja di syarikat-syarikat yang diboikot?dibuang kerja di saat2 ekonomi sedang gawat dan peningkatan kos sara hidup?kasihan sungguh.

    Jadi, pada pendapat saya, terpulang pada individu. Saya memang memboikot barangan2 yang tersebut. Bagi mereka yang hidup susah, mempunyai anak, bagaimana?adakah mahu anak2 mati kebuluran dan memporak-perandakan keluarga mereka kerana ini? Jadi pada saya, jika mereka tidak mampu, teruskan bekerja dan cuba untuk berpindah kerja ke tempat yang lain tapi dalam masa yang sama didik la anak2 mereka untuk menjadi muslim dan muslimah berjaya dan mudah-mudahan atas didikan yang betul, anak-anak mereka suatu hari nanti akan mempunyai kekuatan membela nasib umat islam.

    Mudah-mudahan kita tidak berbalah keranan ini..Sama-sama la kita berganding bahu menempuh segala cabaran dan dugaan yang ALLAH berikan ini..

  18. ya ALLAH….tak tertahan melihat derita mereka..
    berat mata memandang….
    ayuh…lakukanlah apa yg termampu utk menolong saudara kita di sana..
    addua silahul mukmin..semoga doa kita smpai kepada mereka..
    ameen..

  19. Fatwa Dr Yusuf al-Qardhawi : “jihad utk membebaskan tanah air Islam dr serangan & penjajahan musuh Islam adalah suatu kemestian dan kewajipan suci agama, ini berdasarkan dalil yg kukuh dlm al-Quran,sunnah&ijma’ ulama.Jd, di mana jua kita berada kita wajib menolong mereka dgn apa jua yg kita mampu sesuai dgn maksud firman Allah dlm surah al-Anfal ayat 72 : ” Dan sekiranya mereka memohon bantuan kpd kalian ats dasar agama, maka wajiblah kalian membantu.”.Maka,memboikot secara total barang buatan Israel&Amerika adalah wajib ke atas setiap muslim kerana duit yg telah kita bayarkan utk barangan mereka adalah utk membiayai senjata mrk bg mendokong aksi keganasan mereka di dunia Arab&Islam.Biokot mereka sekarang agar kita dpt menghancurkan mereka….”

  20. ader jugak org kat sini kat terpulang kpd individu…sedih2
    kalulah kene kat kite …mak bapak kite di tembak oleh yahudi ..
    kite tak kate macam nih
    patutnya tak kata cam tuh .. dahlah website utk org palestin nih
    x kebulurnya.. keje lambak2….mmglah nak jd org baik kena susah skit.
    kalaulah 10 org yang tengok komen yang ain tulis pastu ikut, sampai kat orang kedua pastu ketiga ..lama2 org akan kata takpe..tak boikot pun takpe…

    Lemah gile psikology.Kalau dalam perang saraf nih dah kalah lame dah nih..ape aaa

  21. “demi ISLAM ditegakkan,JIHAD menjadi pilihan”…saudara2ku, yakin dengan jnji ALLAH,insyaALLAH,kita xakan gemmentar utk berlapar,bersusah…”berjuang mmg pahit,krn SYURGA ITU MANIS!!!”.. (sedaya mgkin memboikot,insyaALLAH)

  22. TakbiRrrr…..
    AllahuakhbarR…..
    AllahuakhbarR…..
    AllahuakhbarR…..
    “Sesunguhnya apa yang belaku di palestin Al-quran telah menceritakan… Fahamilah…janganlah kita sekadar hanya menanti masa dunia menhampiri kiamat… saudara2ku Demi masa janganlah kita menhitung masa BIOKOTLAH MASA MASA yang ada pada kita sekarang dengan banyak beramal… bersiap untuk menghampirinya….. kita dalam kerugian…
    ” Sesungguhnya pejuang2 di Palestin berjuang dengan sepenuh2 kalimat ” Lailahaillah ” tak akan kita dapat tandingi dlm JIHADnya menentang Yahudi.Kerana mereka yakin syurga menhampirinya…

    ” BOIKOTLAH MASA YANG ADA DENGAN BANYAK BERILMU DAN BERAMAL “

  23. kesian palestin….
    dah lah x der makanan.. dan keperluan lain tapi.. dizalimi begitu sahaja tanpa belas kasihan….
    buat masa skarang ni marilah sama2 kite boikot barangan amerika ngan israel..
    Mcdonald ngan KFC TU…
    yang patut diberi perhatian sbb makanan itulah yang menjadi perhatian terutamanya kanak2…
    kite boikot barang2 diorang sampai diorang berhenti serang palestin!!!
    itulah sekurang2nyer cara yg mampu kite buat masa sekarang…
    mungkin barack obama mampu bawa perubahan sebab die penah merasai kehidupan sebagai seorang muslim dan hidup di persekitaran muslim…
    tapi bagaimanapun marilah kita sama mendoakan kesejahteraan saudara kita itu

  24. Ya Allah…
    Adakah ini tanda akan berakhirnya zaman?
    Nun di sana kedengaran laungan kanak-kanak
    Bukan berlandaskan kegembiraan
    Yang ada hanya tangisan yang tak mungkin padam
    Di manakah kegembiraan mereka?
    Sang isteri sedang leka menanti
    Sang suami yang telah terkorban di medan perang
    Satu kancah yang penuh dengan keperitan
    Hingga akhirnya berlaku peratapan..
    Titisan air mata tidak mampu lagi mengalir
    Seruan dan panggilan tidak lagi di hiraukan
    Kenapa?
    Hanya jasad yang tidak bernyawa bergelimpangan
    Kerana disirami hujan-hujan letupan
    Kerana di warnai dengan titis-titis darah pejuang
    Kasihanilah mereka wahai hamba Allah sekalian
    Namun apa yang terjadi hanyalah…
    Tembakan yang penuh dengan kezaliman
    Hati yang penuh dengan dendam
    Yang tamakkan empayar yang tidak akan kekal selamanya
    Bangkitlah wahai umat Islam!!
    Tariklah tangisan mereka ke dalam jiwa
    Syahdu yang kita tak mungkin rasa di bumi bertuah
    Itulah Palestin!!!!
    Damai yang telah hilang kerana rakusnya Israel
    Serakus untuk menjamah nyawa insan yang tidak berdosa
    Kepada penghuni Palestin
    Bersabarlah!
    Sesungguhnya ujian ini hanya Allah saja yang Maha Mengetahui sebabnya..

  25. kalau pikir bab ekonomi jaTuh ,org Islam yg kerja ngan syarikat2 terbabit akan menderita, so ada yg keliru boikot ke x boikot, rasa nye pikir le plak yg positifnye ini lah masa umat Islam bersatu, mungkin ada yg perlu berkorban, balasannya pastilah kebaikan disisi Allah.
    Bagi pekerja2 tu tukar kerja, atau bagi pelabur2 mula lah melabur kat syarikat tempatan n lain2,offer le pekerja2 tu dtg kerja ngan diorg

  26. jgn hanya berdebat semata2 tanpa melakukan pape..
    bdoa dn bertawakal la supaya saudara2 kita di sna selamat..
    sedekahkan al fatihah kepada yg telah tiada..

  27. knp ea org msh x phm psl ekonomi???nape ade yg pk boikot bleh jthkn ekonomi negera??kamu thu x kalo kite bli brg luar,brape sgt yg dpt kt dealer??knp x pk aliran tunai yg kuar dri negara kite lps kite support brg diorg??pk la sdare..sy amat kasihan cmne kamu boleh cakna ekonomi mereka trutama israel n us..pk la sdara..kalo kite bli produk kite,aliran wang hmpir spnhnya xkn kua kt negara org laen..sbb tu kite kne support brg kite….slm..mls nk tls pnjg2..huhuh..stadi lbh sket k..

  28. Allahuakhbar!!!Allahuakhbar!!!Allahuakhbar!!!!….bangunlah semua umat islam di dunia, sesungguhnya org2 kafir sedang mentertawakan kita kerana tak dapar melakukan sesuatu untuk menyelematkan saudara seagama kita di bumi Palestin…bersatulah kita berjihad untuk Islam..jihad kita bukan untuk berdepan dgn peluru dan bom israel terlaknat tapi jihadlah kita dgn semua jalan yg ada di negara kita…, boikot jenama kafir kerana tanpa barangan jenama mereka tu kita tak akan mati jugak sebab bumi kita malaysia pun udah cukup kaya dan makhmur…satu perkara lagi..jom kita beramai-ramai sumbangkan sedikit derma untuk tabung palestin..kita tak akan jatuh miskin hanya kerana mendermakan sedikit dpd wang kita kpd saudara seagama kita….ayuh, umat islam!! bangunlah dan berjihadlah di jalan Allah dan Islam……

  29. ya allahuakhbar…allah maha besar.segala puji dan puja hanya utkMu.
    moga2 para-para syahid dan syuhada dtmpatkn bersamaNya.sudah diketahui bhw yahudi dan sekutunya sentiasa cemburu dgn islam.dr segala aspek.seboleh2nya mrk ign mhapuskn islam dr muka bumi ini.tp allah s.w.t maha mengetahui dan maha adil..tiada hakim dpt menandingi keadilanNya.insyaallah..derita ini akn berakhir.same2lah kita berdoa..amin.

  30. Ok…pendapat saya salah…mintak maaf…ekonomi tak jadi masalah besar..

    Tapi saya sangat2 setuju pasal syarikat yang lain patut bagi peluang pekerjaan pada mereka yang bekerja di syarikat yang lahanat tu..hohoho..

  31. kalau nak seribu daya,kalau tak nak seribu alasan.kiasan org dulu2, dalam maknanya.tepuk dada tanya iman (iman yg berlandaskan al-quran & hadis eh). x mau iman yg cetak rompak punyer,reject!!!!.

  32. salam

    sering kali kita lihat masih ramai umat Islam yg pergi mkn kat kfc, mcd atau sebagainya. pertama mungkin mereka tak tahu n kedua mungkin wat2 tak tau. takpelah kita set minda kita dengan positif thinking mungkin mereka tak tahu atau kurang jelas. beginilah, selama ini kita senaraikan barang2 boikot melalui internet. Ataupun ada hamba Allah yg prihatin yang bagi edaran handout atau pamplet ke masjid2 atau sekolah2. terkadang kita akui bukan semua org datang ke masjid betul tak? ramai umat islam yg lain culas nak dtg ke masjid, jadinya maklumat handout tu tak tersebar luas. internet kdg2, ade juga manusia2 yg kurang perihatin tuk bukak laman2 web palestin.malah maybe ade makcik pakcik yg tak tau laman web mana yg ceritakan tentang palestin. jadi oleh yg demikian, apa kata sahabat2 semua termasuklah saya sendri menyebarkan maklumat handout ini dengan lebih m,eluas. pergi ke shoping complex, stesen bas atau sebagainya n sebarkan. at least mereka baca dan tahu.. buat banner macam cadangan saudari aishah. alhamdulillah ramai antara kita yg post comment di sini diberi hidayah oleh allah atas kesedaran isu palestin. rasa bangga masih ada org yang ambil tahu dan prihatin masalah palestin seperti sahabat dan rakan2 sekalian. ayuh sahabat2 sekalian kita semua lakukan sesuatu untuk meningkatkan kesedaran umat islam di malaysia ini tentang isu palestin termasuklah isu boikot barangan israel dan sekutunya..supaya nanti, apabila Allah tanya apa usaha kita sebagai umat islam ke atas saudara2 seakidah di palestin? kita mampu menjawabnya..

  33. bagi mereka yg bekerja di kilang2 atau restoran2 yg di boikot, cubelah ikhtiar mencari pekerjaan lain sekiranya mampu.. kita faham akan golongan seperti ini.. tersepit di tengah2 tak tahu nak kemana. jadi cubelah ikhtiar, banyak kan doa.. at leat ade usaha untuk cari kerja lain. kita wajib boikot, tapi jika kita dah sedia ade laptop yg procesornye intel atau amd takkan nak buang pulak..ade hp nokia contonye, dah terbeli tak perlulah nak buang pulak. cume jgn beli lagi.
    ana sendri tak de jawapan khusus untuk perkara ni. jika sahabat ade jawapan yg lebih rasional silakan beri pandangan. ana tak kisah, tlg perbetulkan.

    anyway, perkara2 kecil seperti produk2 boikot yg lain wajib di boikot. tak perlulah mkn kfc, mcd starbak sume.. kita bantu ekonomi umta islam. kalo penduduk di sungai petani kedah dah ade RFC radic fried chicken, sedap2, murah standard plak tu. supportlah ekonomi umat islam. InsyaAllah.

  34. Tiada ucapan yg boleh dikatakan terhadap kezaliman ini, tiada tindakan yg berkesan sekiranya dibalas dengan perbincangan dan resolusi tetapi tindakan yg zalim dibalas dengan kezaliman, umat islam dituntut bersatupadu memerangi kezaliman dengan menubuhkan pakatan ketenteraan bukan seperti liga arab dan OIC yang hanya melihat, berbincang dan mengeluarkan kenyataan mengecam. Org2 Israel adalah binatang yg mesti disembelih bukannya binatang yg boleh dibelai.

Comments are closed.