Kuasa Facebook dalam isu Palestin.

oleh  Maszlee Malek

Berderma sudah, berdoa sudah, berqunut nazilah sudah, berdemo sudah…apa lagi yang kami mampu buat?

Keluhan salah seorang siswa mengenai tugas yang boleh dilakukan untuk membantu saudara seakidah di Gaza. Di dunia globalisasi dan dunia virtual tanpa sempadan ini, banyak yang boleh dilakukan. Maklumat tidak bersempadan membolehkan maklumat sampai ke mana sahaj, kepada sesiapa sahaja tanpa halangan.

Melihat laporan al-Jazeera mengenai laporan berat sebelah media di AS dan juga kejahilan rakyatnya mengenai apa yang berlaku di Gaza amat menyakitkan hati. Apakah yang boleh kita lakukan sebagai rakyat marhaen?

Gunakan facebook yang boleh menghbungkan kita dengan ramai manusia, terutamanya bagi yang mempunyai akses kepada rakan-rakan di dunia barat untuk mendpatkan imej-imej sebenar di Gaza.

Hati manusia yang normal akan tersentuh melihat gambar kanak-kanak dan sekolah yang diserang. Sogokkan gambar-gambar dan juga maklumat yang sebenar, terutamanya artikel-artikel dari para penulis barat yang simpati kepada isu Palestin seperti robert Fisk dan lain-lain akan boleh membantu.

Gunakan emel berantai, dan foward kan kepada sesiapa sahaja di dunia barat gambar-gambar dan juga artikel-artikel tersebut. Ucapan-ucapan George Galloway, Azzam Tamimi dan Tony Ben di You Tube merupakan alat lain yang boleh membantu. JAngan jemu untuk meneroka blog-blog di barat yang sering dikunjungi ramai, terutamanya dari kalangan anak muda untuk disogokkan dengan imej-imej menyedihkan di Gaza.

Mungkin golongan seni di Malaysia boleh mencontohi golongan seni di Maghribi yang melakukan tempoh berkabung dan usaha mempamerkan kemarahan melalui ruang kesenian. Mawi dan Jaqui yang mempunyai peminat yang ramai boleh berperanan di dalam hal ini .Mungkin Xifu Nasir Algebra perlu mendekati mereka untuk berkempen mengenai isu ini.

Sekali lagi, para alumni al-Azhar perlulah membuat memorandum bersama dengan mengenepikan pandangan politik untuk dikirmkan kepada Syaikh al-Azhar agar memaksa Mubarak untuk membuka sempadan Refah. Mungkin juga para ulama lepasan al-Azhar kena bersatu dan berdemo di hadapan kedutaan Mesir untuk tujuan tersebut. Panggil al-Jazeera untuk membuat liputan.

Rakyat Mesir memerlukan tekanan dari luar ke atas diktator mereka. tekanan dari luar yang kuat akan memberikan kekuatan kepada rakyat Mesir untuk bangkit dan memberikan tekanan dalaman ke atas rejim Mubarak. Para peguam di Turki, Tunisia, Algeria, Maghribi,Libya dan lain-lain negara telah pun mengadakan rapat umum dan urusan untuk membawa Isarel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

23 thoughts on “Kuasa Facebook dalam isu Palestin.

  1. semoga allah rahmati en.maszlee dan semua yang berusaha demi islam.memang banyak jalan nak membantu,cuma jangan keraskan otak untuk berfikir.seawal serangan bermula saya sudah mencadangkan kepada abang supaya menggerakkan alumni al-azhar.manakah pewaris nabi sekalian?????tak malukah menyandang title ‘Azhari’ tetapi tidak membela islam?

  2. salam.
    agak keras juga ukht Aishah ckp ‘ tak malukah menyandang title ‘Azhari’ tetapi tidak membela islam?’.
    tapi itu bagi saya tidak ada masalah kerana ia mgkin ditujukan kepada sesiapa yang tidak pro-aktif dlm agenda ini. tetapi satu perkara yang ingin ditimbulkan, kita sepatutnya tidak terlalu ideal utk memikirkan perkara-perkara multimedia dlm penyebaran isu sedunia ini, dalam masa yg sama saya tidak menafikan peranan nya ada. maksud saya bukan itu sahaja yg penting..

    tetapi bagi saya, yg plg penting adalah pembinaan diri dari dalam, didik diri bersungguh-sungguh jaga solat di masjid, jadikan diri sebagai salah satu asbab doa diterima. kalau kita berdemo sana sini tapi balik2 rumah subuh kantoi, Quran tak bukak, ukhuwwah islamiah sesama sahabat tak jaga, maksiat tak tinggal. Mana manfaat demo pada diri ? kalau kita yg menjadi asbab doa satu umat ditolak bagaimana? pernah terfikir tak?

    Di sini saya mengajak semua untuk membuka mata bahawa umat Islam kini sedang bangkit, dan yg menjadi tunggak utama kebangkitannya adalah kebangkitan Iman dan kesedaran untuk mengubah dunia yg sdg rosak. Kekuatan-kekuatan yang lain secara pastinya akan datang. Tetapi al-Iman awwalan. Kalau iman kita tidak selesai, maka kita tak mampu bersama-sama gerakan yg membawa Islam kembali ke tempatnya.

    Tanamkan ciri-ciri Hamas dalam diri kita, sifat muqawamah dalam diri kita (sifat menuntut hak / melawan kezaliman), sepadukan dengan nilai imaniyah supaya ia tersusun mengikut aturan yg dicelup dengan cara Nabi S.A.W.

    Maaf mungkin komen ini agak khusus kepada sesiapa yang rasa khusus. Tetapi ia tidak lain hanyalah menolak pendakwaan yg kami (Azhari) tidak buat kerja dalam hal ini.

    dan satu lagi, pewaris nabi bukan sahaja Azhari, tetapi ia adalah sesiapa yang mewarisi perjuangan Nabi s.a.w tak kira tempat belajar, kedudukan dsb. enta / enti juga mungkin boleh tergolong dalam golongan tersebut.

    Sama-sama berjuang membebaskan Palestin.
    Bir ruuh, Bid dam. Li Tahriri Filistin.

  3. Salam..
    saya bersetuju dgn akh Tantawi..IMAN yg plg pnting.Dan pewaris Nabi S.A.W. bukan shj para Azhari..Bukankah kta smua ummat Baginda S.A.W.??Mengapa segalanya hanya perlu diletakkan pada pundak para Azhari shj??Kta smua perlu sama2 bersatu & berjuang dlm satu saf yg sama..

  4. Khayal.. teruskan berkhayal…

    doa tanpa usaha, takkan kemana bukan?

    isu palestine, satu isu yg terlalu lama.. berpuluh tahun dimakan usia.

    Kejap timbul kejap tenggelam.

    Dimana pengajaran dan pembelajaran ummah dari kisah silam? Hidup sekadar hidup,

    hidup bangun pagi, malam tdor..

    Sumbangan kejap timbul, kejap tenggelam. Ikhlas ke sumbangan?? Wallahualam

    Menuding jari salahkan siapa saja dihadapan. Sedang jari lain menuding dibelakang (arah diri sendiri), tapi buat tak sedar.

    Hamas akan tewas dan telah pun tewas. Bukan semata2 kelemahan Hamas, tp kelemahan Ummah.

    Disini kita berbincang, bersemangat retorik, dan bermacam2 lagi.

    Sedang siapa tahu peperangan??
    siapa tahu peperangan??
    pernah kah pergi berperang??
    Pernah kah hidup di medan perang??
    pernah kah bersedia untuk berperang??
    Berapa ramai lelaki di Gaza, tpi tidak berperang??

    Apa masalah sebenarnya?? Adakah masalah ini hanya masalah PALESTIN?? atau masalah UMMAH??

    Renung2kan.

  5. salam,
    dalam blog saya banyak jugalah isu palestin dan isu boikot. ada kawan ingatkan saya, bagaimana ni, sebab di tempat tinggal kami ada kilang nestle dan penduduk tempatan banyak mencari rezki di situ..memang saya senang menjawab..tapi boleh tak sesiapa bagi jawapan yg realistik..

    satu lagi, ada bbrp pengunjung dah ingatkan saya, sebab saya gunakan blogspot, google itu semua milik yahudi / us? tolong sikit saudaraku seislam..macam mana nak atasi ni?
    syukran!

  6. Sekadar pemahaman sy,

    Cikgu Wan, harus mengetahui secara khusus setiap benda berkaitan Isreal / US itu secara jelas menyokong dan membantu musuh Islam (dalam Isu Palestine adlah Yahudi-Zionis) secara terang2an seperti yang telah diumumkan oleh Starbuck dan lain2 barangan.

    Perlu diketahui, masih ada yahudi-bukan zionist, dan golongan seperti ini tidak sesekali menyokong tindakan Zionist-yahudi. Seperti Google, dan lain2 yang berkaitan, masih belum sy jumpa dan ketahui, ianya menyokong sebarang peperangan yang ditaja US sendiri / Israel. Bahkan seperti youtube.com, juga menjadi satu tempat media massa alternatif (pejuang mujahid) yang perlu disampaikan kepada dunia.

    So that, make sure benda2 yang diboikot adalah benar2 menyokong yahudi-zionist.

  7. tahniah buat saudara dlm usaha ini.
    semoga ada keberkatan Allah di dlmnya.
    semoga Allah memberi byk keadilan ilmiah dlm gambaran n kisah yang diketengahkan.
    semoga Allah memberi kefahaman kepada saudara dlm istilah Perang ilusi n Perang realiti berdalil Al-Quran dan hadis shahih.
    semoga Allah memberi saudara byk pertimbangan baik buruk kepada agama islam ketika menyampaikan hak2 islam dalam pendapat saudara sebab diam pun boleh mnjadi ibadat.Insyallah.
    semoga Allah sentiasa memberi saudara kelapangan n rasa tenang dlm mnghalusi kata2 ulamak atau pemimpin islam satu negara yg kontra dari kaedah kita,supaya tiada kerugian semasa kita berhadapan dgn Allah.
    berperang atau demostrasi mana jelasnya sunnah? Insyallah

  8. salam…
    heheheee..
    palestin..
    rakyatnya..
    dah nk terhapus dri peta dunia..
    pemimpin negara arab masih lagi wat2 x tau..
    meeting saja..
    sahabat2 masih lagi berbalah2 satu sma lain…
    salahkan azhari lah..
    cian azhari..
    kenapa xsalahkan plajar uia ke..
    usim ke..
    plajar jordan..
    plajar syria..
    plajar morocco..
    ke mmg sume yg berkaitan utk membela islam hanya utk azhari dan plajar agama?
    jgn cmni shabat..
    kpd tantawi..
    saya sokong knyataan anda..
    trima kasih..
    bukan utk sesapa..
    tapi utk saya..
    sahabat dan semua..
    🙂

  9. agaknya kena tunggu pelajar universiti lim kok wei buat keje baru jalan kot..?nak tunggu pelajar al-azhar??lambat sangat,takut..

  10. bila difikir2 semula,bkn salah pelajar universiti azhar pn..bknnya dorang nak jadi azhari,tapi dah dapat tawaran belajar, so pergi jela kan..?nak buat mcam mn,kl tggu dlam m’sia pn bkn bley dpat ape. setakat ni mmg x dengar ape2 dr mesir,kecuali dorang tutup pintu rafah & still buat hubungan kamceng ngan U.S & yahudi.

  11. boleh tahan juga ‘mawi’ ni.
    utk tidak berlanjutan dlm perkara ini, mari kembali kepada titik pertemuan yg semua sepakat.
    We do our parts, you do yours.
    And please just show your respect toward others.
    p/s : kalau enta penah pegi Mesir enta tau camne keadaan kami (Azhari / Pelajar Mesir), dari segi keselamatannya, dan pengurusannya. Dan nak tegur kesalahan pun ada caranya. Bukan menyalahkan semua secara umum kerana perbuatan sesetengah pihak, jangan anggap kesalahan individu, bererti semua buat salah.

    Salam keamanan dari Tanta, Mesir.
    Hasbunallah wa nikmal wakil

    Bir ruh, Bid dam, Li Tahrir Filistin.

  12. akhi tantawi, apa sekatan @ kekangan daripada syaitan Mubarak kepada antum? syeikh ali jum’ah apa cerita sekarang.

  13. salam intifadah..it’s all about IMAN..IMAN..IMAN seseorang itu boleh di nilai dari percakapannnya..boleh di kenal dari perilakunya..boleh detect melalui tulisannya..be ware..!!jadikan kata2 mu boleh merubah hidup seseorang menjadi lbih positif n lebih baik dr semalam..boikot ISRAEL..serta pelaku yg semcam dgn mereka…

  14. maaf..maaf,ada yang terguris nampaknya.saya menekankan ‘Azhari’ di sini kerana artikel di atas menyebut pelajar2 al-azhar.dan lagi saya menekankan ‘Azhari’ kerana alumni kita begitu ramai di tanahair.dan lagi saya tekankan ‘azhari’ kerana kita berkorban lebih dari orang lain untuk mendapat ilmu,jadi sepatutnya kita LEBIH mengorbankan diri juga untuk membela islam.tak perlu penjelasan mengapa saya katakan LEBIH di sini,hanya yang memahami,yang mengetahui.

    AL-ULAMA’ warasatul anbiya’,jadi bukan semua umat islam pewaris nabi.Tapi yang penting semua umat islam wajib membela agama dan PARA PEWARIS NABI mesti mendahului.

    Harap jelas,jangan diperdebatkan lagi.saya juga azhariah,saya cuma mahu mengejutkan ‘raksasa yang tidur lena.lepasan al-azhar,lepasan uia,lepasan ukm,mahupun yang belum lepas,syabas buat semua yang menolong agama.moga tragedi kali ini menjadi intifadah pemikiran umat islam sedunia.

  15. Mark Zuckerberg founded Facebook,
    dier nie seorang rakyat amerika…
    ntah2 dier juga seorang yahudi… sapa taw..
    pengguna2 facebook telah bg mamat Zuckerberg menjd kaya-raya…
    fikir-fikirkn larh…
    aper lg boikot larhh facebook.
    hahahaa…

  16. [url=http://www.geocities.com/monte368casino/eyqai/could-see-his-wife-with-my-cock-to-play-strip-poker.htm]could see his wife with my cock to play strip poker[/url]

Comments are closed.