Hitler itu mungkin ada benarnya.

oleh Dr Asri

Ketika saya menulis rencana ini (pada Hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada Hari Jumaat semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.

Saya berucap dalam bahasa arab mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza. Bahkan beliau berkempen agar ahli jamaahnya menyertai demonstrasi aman membantah kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Saya melihat satu keperluan apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk berjumpa dengan beberapa pihak.

Ini adalah kali pertama saya sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua adalah pengaruh filem ‘Combat’ semasa zaman tersebut.

Oleh kerana Amerika yang menerbitkan siri ‘Combat’ tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.

Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak ‘Nazi’nya agak sinonim dengan Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu, tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.

Sebelum saya sampai ke Jerman, seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama Yahudi Poland dan Rusia.

Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut. Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam. Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.

Namun, di samping kekejaman yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu?

Ketika Hitler baru cuba muncul dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi.

Apabila Hitler dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi dihidupkan dalam buku tersebut.

Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak. Pada 1542, pemimpin agung Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara terpisah dari bukan Yahudi.

Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam.

Pembinaan ghetto kemudiannya telah berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung disebalik tembok ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya, samada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang bangsa yang teraniaya.

Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya.

Apapun ceritanya, kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini, terutama di Jerman ini.

Jika lihat dalam sejarah Islam, di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum mereka hanya kerana mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan mereka. Nabi s.a.w pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur. Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan Nabi s.a.w. Maka mereka pun diusir.

Pada zaman Khalifah ‘Umar Ibn al-Khattab, beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia, Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub dalam pengistiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi terus khianat.

Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu, Islam tidaklah pula menghukum secara ‘borong’ dengan menyatakan setiap individu yahudi itu jahat.

Bahkan dalam sirah Nabi s.a.w, isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama ‘Abd Allah bin Salam. Beliau seorang yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas bahu orang lain.

Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk, namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk.

Ini diakui oleh Abd Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya:

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Kita bukan anti kaum tertentu, atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan. Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya..

19 thoughts on “Hitler itu mungkin ada benarnya.

  1. assalamualaikum….setakat nak memboikot, tdk akan memberi kesan kpad yahudi, ini kerana sumber kewangan mereka sgt kukuh..mereka mempunyai penaja mereka sendri..terus terang mereka katakan yg mereka tdk takut dgn ancaman luar, apakan lagi dgn usaha boikot kita,,yg pntg sekarng, kita harus bersatu utk memusnahkan terus kaum laknatullah utu, firman alla, “allah tidak akan mengubah takdir sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri yg mengubah takdir mereka sendiri”. Samapai bila umat islam ingin terus jadi penakut?????

  2. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH,

    wahai saudara, boikot itu adalah usaha umat islam yang prihatin dan jelas tentang permasalahan saudara seislam palestin..

    ia bukan masalah 1 sen atau berapa sen nilai boikot umat islam terhadap ekonomi mereka ttp boikot adalah kerana isu aqidah,

    KERJA KITA ADALAH BERUSAHA DENGAN IKHLAS MENGHINDARI SEGALA UNSUR2 YAHUDI DAN KUFFAR DLM HIDUP SAMADA PEMAKANAN, HIBURAN DAN BERBAGAI LAGI..HASIL USAHA ITU ALLAH YANG MENENTUKANNYA..BUKANLAH KERJA KITA MEMASTIKAN NATIJAH2 BG SETIAP USAHA ADALAH SEPERTI DIHARAPKAN KERANA SEMUA ITU ADALAH KUASA ALLAH S.W.T.

    apa yg sepatutnya ialah bertawakkal kepada Allah setelah usaha..yakinlah dengan tidak berbelah bagi bahawa ALLAH sangat2 boleh buat ekonomi mereka lingkup serta merta ttp bukan itu yg DIA mahu. ALLAH mahu umat islam berusaha dan bersatu sampai kiamat memboikot, menolak dan menentang yahudi dan musyrikin..

    Tuntutan seorg muslim ialah perbaiki diri dan seru org lain kepada islam. bukan masalah penakut, tetapi kita bertanggungjawab terhadap isu2 dan permasalahan umat di tmpt msing2 utk dperbetulkan dahulu. kelak m’kat di tmpt kita yg akan bangun dgn sedar dan bergabung dgn umat islam seluruh dunia menentg yahudi dan musyrikin

  3. assalamu.alaikum..

    stuju dgn na’em, ini isu ‘aqidah, bkn skadar humanity issue.. Seorg muslim mst mamahami knsep ukhwwah berteraskan aqidah(ukhuwwah fILLAH).. ianya bgitu pnting.. untuk penyatupaduan umat Islam sejagat/sdunia..

    prtamanya, satu hadith rasulULLAH saw yg popular dan catchy ad mmbritahu kita, “TIDAK SEMPURNA IMAN SEORANG DRPD KAMU, SHGGALAH DIA MNCINTAI SAUDARANYA, SPTMANA DIA MNCINTAI DIRINYA SNDIRI”-xingt perawi hadith, ttp sbuah hadith yg kuat.

    keduanya, seorang tokoh da’wah, Syed Qutb prnah mmbritahu (lbh krg): “umat Islam tidak dabatasi oleh smpadan geografi, ttp umat Islam itu dbatasi oleh smpadan ‘aqidah” – maksudny, tidak kira di mana adany org Islam hatta di kutub utara skalipn,jika ‘aqidahnya, ‘aqidah yg sama,satu yai2 briman dgn ALLAHswt.., itulah saudara kita..yg kita prlu ambik brt, sayang sbgaimana kita syg diri kita sndiri.. ini kna phm..!!!

    Oleh itu, dlm menilai isu mmboikot, sbg seorg mukmin sjati (xkn xmau jd mukmin yg sjati), spatutnya tidak akn timbul ckp2 tidak berma’na spt, “kalau aku sorg shj yg boikot,tak jadi jgk..” -ini bicara muslim yg xphm prinsip Ukhwwah fiLLAH.., krn… ana ad satu analogi yg ckup mudah..

    ok.. cuba bygkan adik kndung anda dibunuh oleh seorang perogol.. apa prasaan anda..??? insyaALLAH, amstinya prasaan sedih, marah, geram yg mmbuak2 akan hdir..dan ianya jga insyaALLAH, akn mghadirkn jgk rasa sedih, kasihan, marah pnduduk Malaysia.. ttp, prasaan ra’yat Msia itu hny sedikit,seketika shj, brbnding dgn anda, krana, yg mnggal dnia i2 adlh adik kndung anda sndiri..!! samalah halnya dgn isu Gaza skang ni.. yg terbunuh, dsmbelih, dibom itu adlah adikbradik anda.jga adikbradik ana dan adikbradik setiap jiwa yg ngaku beriman dgn ALLAHswt..psaan mrh, sdih kita xkn sama, kita lbih mrasakan ksgsaraan itu brbndg yg bukan islam.. inilah knsep ukhuwwah dlm Islam..! mst phm..!

    Prasaan kita mst lbih hbt drpd prasaan golongan kafir..! hari ni kta dpt lihat, masyrkt dnia majoritinya, (bleh dkatakan suma) mmbntah skeras2ny pncrobohan zionis di Gaza..tidak trkcuali org2 kafir..pn mmbntah..ttp. mrk ini mmbantah ats dasar kamanusian..rasa kesian tngok org dizalimi..ini sifat fitrah seorg mnsia.. ttp.. kita sbg muslim, mukmin, mrk yg dbunuh itu adlah adikbradik kita, yg ada prtalian kkeluargaan… spatutnya, kita lg hbat mmbntah,, lg hbat mmboikot.. tidak harus tmbul soal kbrkesanan mmboikot i2… spatutny, trpandang shj produk zionis yg dila’nat ALLAHawt, kita dah rasa marah yg maluap2…sbb, ia kpunyaan org yg mmbunuh adikbradik kita..! inilah prbzaan kita dgn kaum kuffar.. kita mst mnjiwai pnderitaan umat Islam di Palestin.. mmboikot ats dasar bnci yg mluap2,krn mrk mmbunuh adiknradik kita.. ishh.. kalu lah adik anda dbunuh, ana pcaya, anda pasti bnci,marah mgkn gk fobia dgn sgl yg berkaitan dgn pmbunuh itu,,? btul x?? inilah sbnrnya knsep ukhuwwah islamiyyah…

    tima kasih, mgkn ad kclpn dlm mnympaikan, hrp prbtul, mntak maaf kalu ad yg terguris,, wassalamu’alaikum.

  4. Salam, terlebih dahulu segala puji-pujian untuk Allah, Tuhan yang Memerintah sekalian alam…

    Kepada saudara dan saudari seaqidah… merujuk pada isu pemboikotan, saya berpendapat ini adalah satu langkah yang bersesuaian dengan keadaan ummah sekarang. Saya dengar, dan pasti ramai juga yang dengar, ada yang mengatakan isu boikot ini seumpama tidak memberi kesan kepada Zionis. Seperti pendapat saudara na’em, ya, ini isu aqidah, bukannya boikot itu untuk menjatuhkan ekonomi mereka, tetapi ini adalah inisiatif seorang muslim apabila melihat saudaranya ditekan oleh musuh, ini adalah bukti seorang muslim untuk dia menjawab pertanyaan Allah SWT, tentang GAZA, apakah yang kita lakukan ketika GAZA dibedil?

    ya kita berharap boikot yang kita lakukan dapat memberi kesan kepada zionis, tetapi itu adalah milik Allah, Dia yang menentukan samada berkesan atau tidak…

    Ada juga yang mengatakan, kita harus menghantar tentera Islam ke GAZA, ya benar ini langkah yang hebat, bahkan boleh menghancurkan zionis, alhamdulillah terdapat juga dikalangan umat yang masih ada jihad perang dalam jiwa…. tetapi siapakah yang dapat menjamin kita akan menang? Hanya Allah SWT yang boleh menghancurkan zionis.. hanya Dia yang pernah menghancurkan tentera abrahah, yang menghancurkan Rom dan Parsi. Pada zaman Mekah, sahabat-sahabat ra meminta pada Rasulullah saw utk berperang, apakah jawapan Rasulullah saw? “Tahankan tanganmu, lakukan solat dan tunaikan zakat”… kerana apa, kerana umat Islam belum cukup kuat, jika berperang waktu itu, berkemungkinan kalah, dengan izin Allah….

    Samalah kita sekarang, umat Islam itu hebat kerana ISLAM… kerana iman… menang mereka kerana Allah SWT yang membantu… jadi jika kita mahu menang, apakah yang kita mahu lakukan? semestinya meminta pertolongan Allah, dan adakah kita layak utk menerima pertolongan itu? Tepuk dada tanya iman masing-masing…kembali lah kita kepada islam sebenarnya…

    Penakut? Siapa yang boleh jamin, jika kita berperang sekarang, adakah tentera Islam tidak akan lari dari medan perang? Disembur air dan gas pemedih mata, kita boleh lari lintang pukang.. disuruh bayar saman, kita buat-buat lupa…

    Kerana keadaan umat beginilah… cara kita untuk menentang zionis dimulakan dengan boikot… ulama’ kita sudah memikirkan hal ini… sebab itu seruan boikot dimulakan… jika diizinkan Allah SWT, seruan boikot disambut oleh majoriti umat islam …maka tidak lama lagi, seruan jihad perang akan dimulakan… pada masa itu, jika diizinkan Allah SWT kita masih hidup, marilah saudara sadik_ndek, kita bersama-sama meyahutnya…insya Allah.

  5. …penulisan inih sungguh terliti, salam hormat ;D
    ..semoga kita semua berada di kalangan orang2 yg beriman dan dirahmati-Nya, semoga penderitaan Palestin berakhir dgn kemenangan di tangan mereka yg ditindas dan dianiaya..

  6. salam.
    saya bukan ingin membincangkan isu boikot,tetapi ingin meminta sedikit pengetahuan saudara-saudara.

    dalam artikel di atas, penulis menyatakan Adolf Hitler sangat bencikan yahudi. Perkara ini ternyata benar kerana apabila hitler mengatakan,

    “sebaik sahaja saya berkuasa,usaha saya yang pertama dan terutama ialah penghapusan yahudi.Mereka akan digantung dan dibiarkan busuk seberapa lama yang mungkin”

    Hitler juga pernah menegaskan (semasa permulaan WWII), jika yahudi sekali lagi memulakan perang dunia, penghapusan kaum yahudi adalah akibat yang perlu mereka tanggung.

    persoalannya, apakah yang telah dilakukan oleh kaum yahudi ini?adakah mereka pencetus perang dunia pertama (WWI)?

    Seperti yang kita tahu, peristiwa utama yang membawa kepada WWI ialah pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary, Archduke Franz Ferdinand oleh Gavrilo Princip.

    Adakah Princip merupakan seorang Yahudi?atau kumpulannya The Young Bosnia dan Black Hand merupakan organisasi Yahudi?

    harap sesiapa yang tahu boleh berkongsi..terima kasih.

  7. saye dah bace artikel ni…tapi dalam utusan Malaysia Dr Maza…

    org yg samakah dgn dr asri? tahniah, artikel ni sgt membuka minda…!

  8. penulis n sy pggil pak asri je lah, cz slu penulis men slmba je pgl imam syafie,ulamak2 len trdahulu men ikut sdp mlut je..ni pgl nawawi je..kte de adab ngn ulamak terdahulu..i2 rasul ajar kte…nak tnye kat penulis,hafal ke kitab muwatta’..byk sgt ke ilmu,pndai2 slhkan ulama’ terdahulu…ambil perhatian..pandaii.

  9. Saya tak pandai ilmu agama, kalau salah tolong tunjukkan,

    Bila memikirkan soalan boikot, saya susah untuk meninggalkan laptop jenama Intel, kerana semua kerja saya ada di situ, Semua komputer kerjaanda pun begitu.

    Saya rasa di sini kita nampak kepentingan Fardhu Kifayah. Mana produk buatan orang islam ? mana produk engineer islam yang menghasilkan ciptaan komputer ? mana orang islam yang menghasilkan teknologi canggih ini ?

    Kita perlu kearah kemajuan umat islam, seperti tamadun islam yang dahulu. Tapi kita sudah ketinggalan jauh dengan bangsa yahudi. Mereka mencipta teknologi penting dalam kehidupan kita. Saya berseru, sambil kita memboikot, kita perlu kembalikan ketamadunan umat Islam.

  10. Kepada budak kurang ilmu… Saya kecewa dengan sikap anda… Di sini bukan tempat kita memperlekehkan individu… Kita mengambil manfaat dari setiap artikel yang dihantarkan… Soal penulis menghina para ulama terdahulu, budak kurang ilmu boleh merujuk kepada website beliau sendiri (www.drmaza.com) dan lihatlah video-video Dr MAZA dalam youtube dan sebagainya. Bahkan Dr MAZA menyuruh kita menghormati para ulama kerana jasa-jasa mereka… Saya sering mendengar Dr MAZA menyebut Al-Imam An-Nawawi, Al-Imam Asy-Syafei, Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani…

    Isu Boikot menimbulkan kewas-wasan bagi individu tertentu. Pada saya usaha boikot adalah salah satu usaha yang perlu dilakukan oleh umat Islam. Kita bukan setakat boikot sesuatu produk bahkan kita beralih arah. Dari membeli produk yang ada kaitan dengan Yahudi dan Amerika kepada produk-produk orang Islam. Kita bukan sekadar boikot tetapi kita melakukan satu penghijrahan. Setiap pihak berperanan dalam melakukan penghijrahan ini.

    Pada saya, antara usaha yang boleh kita lakukan terbahagi kepada dua :

    1. Dalam waktu terdekat :

    a.Doa iaitu terdiri daripada qunut nazilah dan sebagainya.
    b.Boikot iaitu boikot produk-produk terpilih.
    c.Derma kepada tabung-tabung yang sudah tersedia.

    2. Dalam jangka mas apanjang dan berterusan.

    a.Kembali kepada Allah dan Rasul.
    b.Mengubah cara hidup kepada cara hidup Islam.
    c.Mendalami ilmu-ilmu fardhu ain.
    d.Mendalami ilmu-ilmu fardhu kifayah.
    e.Mendidik anak-anak dengan baik dan menyediakan mereka ilmu-ilmu berkaitan.
    f,g,h,i dan seterusnya……….

  11. saya setuju dgn saudara hakim hulaimi…kita skrg ni bkn nak bincang tntg lekeh memperlekeh…bahkan skgr ni kita perlu bersatu padu seluruh umat Islam di dunia ni menentang israil (yahudi) untuk selamatkan aqidah saudara kita di Gaza (palestin)…wasalam..

  12. Sila boikot 10 produk2 utama US-Israel ini mengikut senarai:

    NESTLE
    produk2 F&N
    MC Donald
    KFC
    Coca-Cola
    Carrefour
    DISNEY
    Starbuck
    Kit-Kat
    KELAB BOLASEPAK ARSENAL F.C (rujuk http://www.boycottisrael.com)

    Ya,akan ada orang kata macamana kesannya terhadap kehidupan rakyat jelata.

    sekiranya kita berusaha mencari jalan-jalan lain yang lebih diberkati untuk mendapatkan rezeki, i.ALLAH di sana banyak lg alternatif2 utk kita

    selagimana kita percaya dan bergantung harap sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T dan SERIUS dalam membantu muslim seluruh dunia, DIA akan tunjuk dan buka pintu2 rezekinya utk kita.

Comments are closed.