Article

Haneyya : Semua kementerian, institusi dan pejabat kerajaan mula dibuka seperti biasa.

Written by admin from http:// on January 22nd, 2009 | 2 Comments

Khamis, 22/01/2009 – Kerajaan Palestin dipilih yang diketuai oleh Perdana Menterinya Ismail Haneyya memutuskan bermula hari ini (Rabu 21/1/2009) segala urusan di semua kementerian awam dan institusi-institusi di bawahnya akan beroperasi seperti biasa, suatu tindakan yang dianggap sebagai cabaran jelas terhadap regim Zionis yang melancarkan serangan terhadap Gaza dengan matlamat menghancurkan kerajaan HAMAS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap kerajaan HAMAS, Tahir al-Nunu, pihak kerajaan menyeru semua pegawai agar melaporkan diri di pejabat masing-masing bermula pagi esok (Rabu).  Langkah ini diambil bagi memulakan usaha untuk menghidupkan semula aktiviti kehidupan seharian dan bagi membangunkan semula apa yang telah musnah di Gaza setelah 23 hari serangan yang dilancarkan oleh musuh Zionis.

Kerajaan Ismail Haneyya menegaskan ia akan terus menjalankan tugasnya meskipun muzuh Zionis telah memusnah dan meranapkan hampir keseluruhan bangunan-bangunan kementerian kerajaannya. Universiti-universiti dan sekolah-sekolah di Gaza juga turut mengumumkan kesediaannya untuk memulakan operasinya bagi persediaan sesi pengajiannya.

Selasa lalu, satu tunjuk perasaan besar-besaran diadakan di Gaza yang disertai oleh puluhan ribu rakyat Palestin. Mereka menegaskan akan meneruskan penentangan mereka demi bumi Palestin yang dicintai. Mereka juga turut memperlihatkan sokongan mereka yang berterusan kepada gerakan HAMAS dan kerajaan Ismail Haneyya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  muhajir

2 Responses to “Haneyya : Semua kementerian, institusi dan pejabat kerajaan mula dibuka seperti biasa.”

  1. Aishah

    Jom kita derma ramai2 tolong bina semula Gaza.tak ada saham yang lebih mahal daripada membina dan menegakkan sebuah kerajaan islam di mukabumi ni.

  2. irazafla

    AllahuAkbar
    good advice from aishah, sy dr indonesia, bisakah saya kenal lebih jauh dg anda.. tks
    zari.0908@yahoo.com

Facebook

Palestinkini on Facebook

Twitter

Bual

Jom Derma !

Arkib Pkini