Rabu, 28/01/2009 – Presiden Perancis , Nıkolas Sarkozi, menghantar seorang anggota senatnya ke Syria bagi meminta kerajaan Syria membantu dalam usaha membebaskan Gilad Shalit, seorang askar Israel yang ditangkap oleh pejuang Palestin di Gaza pada tahun 2006.
Sarkozi mahu Syria memberi tekanan kepada Hamas bagi membebaskan askar tersebut yang juga meruwarganegara Perancis. Langkah itu hadir selepas Sarkozi bertemu dengan bapa Shalit.Sarkozi menelefon Presiden Syria, Bashar Asad minggu lepas dan membincangkan isu Shalit dengannya sebelum penghantaran duta itu berkenaan hal yang sama.
Duta tersebut yang juga senator Perancis, Philippe Marini berkata isu Shalit adalah antara perkara utama dalam agenda Sarkozi semasa lawatan beliau ke Syria awal bulan ini. Minggu lepas, Sarkozi menelefon Asad dan membincangkan perkara yang sama. Semasa lawatan beliau ke Syria, Sarkozi menyatakan Shalit adalah seorang rakyat Perancis dan Perancis bertanggungjawab untuk mempertahankan rakyatnya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79
3 replies on “Nikolas Sarkozi : Bebaskan Gilad Shalit !”
Menyibuk pulak mamat nih.Memang rakyat dia,tapi apahal shalit tu jadi balaci zionis pulak.
esok2 jadik alasan ah nak bedil gaza lagi. poodah!
hanya kerana sorg askar je, perancis dah datang backup.
yang rakyat GAZA mati hari-hari, kita boleh tgk je.
Mahmoud Abas cilaka….