Categories
Berita Semasa

Terkini : Terbongkar syarikat Mesir membekal makanan kepada Israel semasa perang Gaza.

Ahad, 01/02/2009 – Sebuah akhbar Mesir telah membongkar yang sebuah syarikat Mesir telah membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan makanan melalui lintasan Owja semasa perang di Gaza manakala lintasan Rafah telah ditutup untuk bekalan bantuan kepada untuk warga Palestin

Akhbar Al-Osbo menyebut setiap minggu konvoi tetap lori membawa bekalan makanan daripada bandar raya Sadat pada lintasan Owja untuk menyampaikan bekalan makanan kepada tentera Israel semasa pencerobohan
mereka di Gaza.

Akhbar itu turut menyatakan kedahsyatan pemikiran syarikat Mesir tersebut tergamak membekalkan askar-askar rejim Zionis dengan bekalan makanan berlabel “Latha” yang bermaksud “Sedap” pada masa sama , rakyat Mesir berang terhadap pencerobohan Israel terhadap rakyat Gaza .

sumber :  maszlee malek

29 replies on “Terkini : Terbongkar syarikat Mesir membekal makanan kepada Israel semasa perang Gaza.”

LailahaillAllah…. Bankruptkanlah syarikat itu sedashyat-dashyatnya. Tunjukkanlah bahawa Palestin itu tanah milik Islam dan lingkupkanlah sesiapa sahaja yang mengklhianati saudaranya sendiri. Amin…

Betul-betul kecewa dengan tindakan syarikat nih.Banyak lagi sumber pendapatan lain tapi diorang pilih jalan yang ini pulak.Apa la nak jadi….

bukan setakat syarikat mesir je yang sokong yahudi tetapi melalui pembacaan saya kerajaan mesir pun sokong israel. dalam sterategi perang kena lemahkan sokongan untuk melemahkan musuh, jadi untuk lemahkan israel kita perlu hapuskan sokongan keatasnya, oleh itu saya cadangkan kita beri tekanan psikologi kepada kerajaan mesir agar tidak menyokong israel.kekuatan sebenar israel bukan kekuatan senjata tapi adalah kekuatan sokongan yang dia miliki ia di panggil kekuatan moral.

Antara Mesir dan Israel siapa yang lebih jahat?

Kita lihat Israel dulu..Mereka (israel) walaupun merampas tanah ISLAM, masih ada sedikit bantuan(makanan dan ubatan) yang diberikan melalui jalan yang telah dikepung mereka.

Mesir?
SEMUA LALUAN DISEKAT..makanan, ubatan malah mereka yang ingin memasuki Gaza untuk memberi semangat kepada penduduh Gaza juga TIDAK SAMA SEKALI MELEPASI PINTU SEMPADAN RAFAH..Bukan tu saja, Mesir juga membenarkan tentera JERMAN untuk bersama mereka menjaga sempadan GAZA-MESIR..

Huh..

Mana ulama’ Mesir??Mana ulama yang memberi fatwa di Universiti Al-Azhar??
Inikah dikatakan kehebatan ilmu mereka??

Anda fikir-fikirkan lah…

Apa yang saya tahu, orang ISLAM hanya dimusuhi oleh orang kafir(nasrani dan yahudi) dan orang MUNAFIK..

Nampaknya musuh kita bukan ISRAEL yahudi sahaja…

kjalau ulama sama-sama mengeluarkan fatwa dan bersungguh2 menmerangai maasalah ni,,,PASTI dunia semua sambut..sebenarnya ini adalah PIMPINAN MESIR yang berkiblatkan TAGHUTTTTTTT

laknatullah kepada mereka yang menzalimi umat islam kita…sepatutnya kita bersama-sama membantu saudara kita yang menjadi mangsa kezaliman israel..jangan pentingkan diri sendiri..

Berapa kali nak cakap,jangan mudah2 tuding jari kat ulama’… kalau ulama’ azhar bukak mulut,habis la sume kene bunuh….paling baik pun kene buang negeri je macam Syeikh Qardhawi.Siapa la pulak nak ngajar kat azhar nanti.
Ingat je la kisah Imam Syafi’e camne beliau menyelamatkan diri waktu dipaksa mengaku quran tu makhluk.kalau beliau pilih untuk bertegas masa tu,mungkin beliau dah dibunuh dan kita semua semua tak dapat manfaat dari ilmu beliau macam harini.belajar2 la husnuz zhan dgn ulama’…

Jangan ingat husni mubarak tu baik ati macam pak lah…fatrah sekarang ni ulama’ dah tak ada kuasa dlm pemerintahan,so tak payah la nak salahkan ulama’ atas kelembapan para pemimpin.kalau ulama’ tu dijadikan penasihat mcm zaman dulu,lain la.sekarang ni kalau setakat keluar fatwa untuk mati,baik tak payah.ramai lagi orang nak belajar dari diorang.
Pertahan ulama’ bukan kerana taksub,tapi nak ajak berfikir.harap jangan ada lagi pandangan2 yg singkat akal asyik nak menyalahkan para ulama’

Jangan ingat husni mubarak tu baik ati macam pak lah…fatrah sekarang ni ulama’ dah tak ada kuasa dlm pemerintahan,so tak payah la nak salahkan ulama’ atas kelembapan para pemimpin.kalau ulama’ tu dijadikan penasihat mcm zaman dulu,lain la.sekarang ni kalau setakat keluar fatwa untuk mati,baik tak payah.ramai lagi orang nak belajar dari diorang.
Pertahan ulama’ bukan kerana taksub,tapi nak ajak berfikir.harap jangan ada lagi pandangan2 yg singkat akal asyik nak menyalahkan para ulama’.panas ati betul la…

jgn sesekali mengata ulama’…”al-ulama’ warasatul anbiya'”…fikir-fikirkan lah ye…

Di dalam isu ini bukan masalah ulama’, kita kena faham isu yang sebenarnya, boleh dikatakan kesemua pemimpin umat Islam dikategorikan sebagai zalim, bermuka – muka, hipokrit, takut dan tidak ingin melihat Islam maju. Sekiranya semua rakyat faham Islam, peluang mereka nak jadi pemimpin amat payah. Ini yang terjadi. Bukan salah ulama’ tapi salah orang yang berkuasa.Itu menjadi tanggungjawab setiap rakyat memastikan pemimpin mereka dari golongan yang beriman.
Cerita Imam Shafie itu saya kurang jelas, sebab konsep Al Quran makhluk berlaku pada zaman Imam Hanafi.

saya sokong sgt pendapat aisyah..ulama azhar mesir jgn mudah dipersalahkan, perjuangan mereka mempertahankan intitusi tertua didunia hingga kini dengan pelbagai kecaman,buang negara dibunuh diculik..kita sini kritik ikut suka hati.saya masih ingat allahyarham mutawali sharawi berkata depan husni mubarak pada sidang media tergempar setelah husni mubarak terselamat dari dibunuh di sudan.Katanya kalau kamu buat baik dengan rakyat,adil…,kamu disanjung,dihormati jika sebaliknya tunggulah balasan dari Allah”lalu dia terus beredar..

dlm hal fatwa2 ttg hukum Islam pun ulama mesir terikat ngan kuasa husni mubarak dan amerika agar menepati ideology mrk..takleh pakai langsung….

kesian ulama mesir.terpaksa ikut telunjuk Amerika dan Husni.Pengikut Ulama mesir tu pun lagilah bertambah kesian..dlm tak sedar ikut gak telunjuk Amerika

Sushi,saya faham maksud di sebalik kata2 pedas awak.tak kuasa saya nak bidas panjang lebar.saya doakan hati awak lunak terhadap para ulama’ dan kasihkan mereka satu hari nanti.

Lagi kesian orang yang memaki para ulama’….bajet macam bagus sangat tapi tak sedar solat puasa pun ulama’ yg tunjuk ajar…

Boikot amerika dan selamatkan al-quds!!!

“Wahai orang beriman, taatlah kamu pada Allah dan taatlah pada Rasul serta pemimpin kamu…”[ An Nisa: 59.]

Pada Allah ada “taat”, pada rasul ada “taat”, pemimpin??

Ini bermaksud ulama ada yang boleh diikuti, ada yang boleh ditolak.

Jangan anda taksub pada ulama, mazhab, ustaz dll.

Percaya pada Quran dan Sunnah..

Muhammad,jangan pukul rata.membela para ulama’ adalah sebahagian drpd penghormatan terhadap guru2.alangkah kurang ajarnya kita meludah guru2 yang telah mengenalkan kita terhadap allah dan rasul,yang mengajar kita akidah islam yang benar.ayat yang awak cuba nak ulas tu pun tak tepat langsung untuk ditujukan kepada para ulama’.sedangkan allah dah berfirman (sesungguhnya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hambanya adalah para ulama’)…siapa kita nak lawan pengakuan Allah tu?

Macam mana pun memang la ada ulama’ yang jahat…tapi adakah syeikh2 azhar tu termasuk ulama’ yang jahat semata2 kerana ketidakmampuan diorg nak bersuara dengan tegas…ulama’ juga manusia biasa yg ada tingkat iman yang tertentu.boleh jadi diorang takut nak bersuara tapi setakat ni xde sorang pun yg menghalalkan perbuatan si hosni sampai korg bleh suka2 hati nak mengata para ulama’ ni ikut telunjuk amerika.sekarang ni lebih aula kita tujukan kemarahan kita kpd para pemimpin umat islam yg lembab dan penakut

Nak menegur para ulama’ ada cara dan tempatnya.bukan bleh nak londehkan ikut dan je macam artis2 murahan.tu namanya adab.bukan ta’sub.harap jelas perbezaannya dan hentikan bercakap pakai kepala lutut…

Maaf ter-hilang budi bicara

Comments are closed.