
Selasa, 03/02/2009 –Seorang warga Palestin telah terbunuh dan dua lagi cedera pada tengah hari Isnin apabila seorang tentera Israel melepaskan peluru berpandu pada sebuah kereta awam yang sedang memandu masuk ke Rafah City yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.
Dr Mo’awiah Hassanin, Menteri di Kementerian Kesihata n Palestin di Gaza, memberitahu wartawan yang enam orang cedera, tiga daripadanya kritikal. Terkini, serangan udara Israel bermula semalam apabila pejuang-pejuang jet F16 Israel mengebom beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.
Sebuah balai polis Palestin di Gaza City menjadi sasaran, beserta kawasan-kawasan berhampiran sempadan Gaza-Mesir dekat bandar raya Rafah, di selatan Semenanjung Gaza. Israel mengumumkan satu gencatan senjata unilateral pada hari Ahad, Januari ke-17, 2009 setelah tentera Israel memulakan 22 hari serangan ketenteraan, yang bermula pada hari Sabtu, Disember ke-27, 2008.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul
One reply on “Terkini : Israel lancarkan serangan udara, seorang penduduk Palestin terbunuh, dua lagi cedera di bandar Rafah.”
Demi Allah, selama tidak ada pemimpin dalam Islam (Khilafah) selamanya kita akan di lecehkan oleh kafir yahudi. maka dari itu Perjuangkanlah Khilafah Islamiyyah (pemimpin Islam) karena inilah yang akan melindungi kita dari kedzoliman musuh-musuh islam. dan akan mempersatukan kita sesama kaum muslimin di jagad raya ini. Allahu Akbar……………………….
Abu Fathurrahman Imam bin sudahn