Selasa, 10/02/2009 – Banyak bantahan dilaporkan daripada Pegawai Bandar, para penduduk dan Peguam Negara terhadap wakil rakyat bandar Arab Israel, Umm al-Fahm Baruch Marzel, yang merupakan ahli politik Israel dan peneroka yang telah menggunakan kedudukannya untuk mengapi-apikan sentimen anti Palestin antara golongan berhaluan kanan Yahudi di Israel.
Baru-baru ini beliau memohon permit untuk mengadakan perhimpunan di Umm Al Fahm dengan partinya, National Yahudi Front, dan anggota lain dalam golongan ekstrem berhaluan kanan itu. Bandar Umm Al Fahm telah berlaku pertempuran antara pelampau puak berhaluan kanan Israel dan penduduk Arab Palestin di mana mereka adalah penduduk asal kawasan tersebut dan kekal di situ walaupun banyak percubaan oleh tentera Israel untuk menghapuskan etnik mereka. Kerajaan Israel telah membenarkan permit perhimpunan itu tetapi berkata ia mesti ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya pada Februari ke-10.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz79