Sepasukan doktor Perancis terkandas di Mesir.

Selasa , 24/02/2009 –Pihak berkuasa Mesir di pangkalan Rafah bersempadan dengan Semenanjung Gaza telah menahan kemasukan sepasukan doktor Perancis ke Gaza sehingga masuk hari keenam.

Para doktor itu berkata mereka berkeras mahu ke Gaza dan tidak akan kembali ke Perancis tanpa menyelesaikan misi mereka.

Mereka mempertikai keputusan itu dan tiada justifikasi untuk mencegah kemasukan mereka ke Semenanjung Gaza terutamanya selepas mereka memperolehi kebenaran dari Perancis dan kedutaan mereka di Kaherah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  hijjaz79

One thought on “Sepasukan doktor Perancis terkandas di Mesir.

Comments are closed.