HAMAS: Kami tetap pertahankan rakyat Palestin, al-Quds dan masjid al-Aqsa.

Rabu , 25/02/2009 – HAMAS menyeru anggota-anggota Briged al-Qassam dan seluruh kumpulan pejuang Palestin yang lain untuk menyatukan barisan mereka dan bersiap sedia dengan segala kemampuan ketenteraan yang ada bagi mempertahankan rakyat Palestin dan tanah suci mereka, setelah beberapa perancangan Zionis yang mahu menjadikan al-Quds bandar Yahudi dan mengusir penduduknya terbongkar.

Fawzi Barhoum, jurucakap HAMAS menegaskan pada satu sidang akhbar bersama dengan seorang pimpinan HAMAS, Ismail Ridwan di Gaza pada hari Selasa (24/2), bahawa regim Zionis dan kerajaannya yang zalim itu pasti akan membayar harga yang mahal jika berterusan melakukan kebodohan dan melaksanakan perancangan jahat tersebut.

Beliau seterusnya berkata, “kita tidak akan membiarkan para perampas Zionis dan tentera penjajah serta penjenayah merasa aman dan selamat selagi mana rakyat dan bangsa Palestin tidak terlebih dahulu merasainya.” Beliau juga menegaskan bahawa semua cara adalah dibenarkan bagi melindungi rakyat dan tempat suci Palestin.

Barhoum juga menyatakan pihak berkuasa Zionis sedang meneruskan perancangan jahat mereka bagi memusnahkan hak rakyat Palestin, menguasai tanah serta harta milik mereka dan menghilangkan segala kesan-kesan Islam daripada bandar al-Quds yang terjajah, dengan menyalah gunakan kuasa yang ada demi menjadikan bandar tersebut sebagai sebuah bandar Yahudi dan menghalau penduduknya yang asal.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

2 thoughts on “HAMAS: Kami tetap pertahankan rakyat Palestin, al-Quds dan masjid al-Aqsa.

  1. saya kagum dengan semangat jihad anda wahai pemuda palestin.kami hanya dpt mendoakan anda supaya diberikan kemenangan di dunia atau akhirat (sbg syuhadak.anda adalah pewaris tentera solahudin al ayyubi.

Comments are closed.