Hamas: Bersatu melindungi al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

Rabu , 25/02/2009 – Hamas melalui Briged al-Qassam dan semua kumpulan pejuang Palestin menyeru supaya seluruh rakyat Palestin dalam membela al-Quds, Masjid al-Aqsa dan penduduk di sekitar al-Quds. Ini kerana gerakan membina penempatan baru yahudi di kawasan itu semakin rancak. Dalam satu kenyataan, Zionis-Israel perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan atas apa yang telah mereka lakukan.

Perancangan penempatan baru ini dimulai dengan menguasai tanah, mendirikan penempatan, menghancurkan tembok sekeliling al-Aqsa, menggali terowong dibawahnya dan mereka turut menghancurkan rumah2rumah rakyat Palestin. Ini membuatkan seramai 5000 warga al-Aqsa yang telah di halau keluar. Kegiatan terkutuk Yahudi ini telah dirancang dan dijalankan sekian lama dan dunia dan Arab hanya mampu melihat tanpa melakukan apa-apa.

Dunia Arab dan umat Islam, OIC, ulama-ulama Islam dan Liga Arab diseru agar bersatu dan bergerak menyelamatkan al-Quds dan masjid al-Aqsa, membantu dan menyokong kumpulan pejuang Palestin. Ini kerana al-Quds merupakan milik seluruh umat Islam.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif