Kerajaan baru zionis patut ambil pengajaran.

Rabu,  01/04/2009 – Ketika membuat komentar terhadap kenyataan Perdana Menteri Zionis yang baru, Mushir al-Misri, seorang pimpinan HAMAS berkata, “kami tetap berpegang teguh dengan opsyen dan prinsip kami. Kami tidak akan sekali-kali tunduk.” Sambil menegaskan bahawa pendekatan mengugut tidak akan berjaya ketika berhadapan dengan rakyat Palestin dan pimpinan mereka yang dipilih dengan majoriti besar.
Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar bertulis yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada Selasa (31/3), “kerajaan zionis baru yang lebih ganas itu hendaklah mengambil pengajaran daripada kerajaan-kerajaan zionis yang lalu dan jangan cuba mengharung pengalaman-pengalaman yang telah gagal sebelum ini dan cuba memancing taruhan-taruhan yang merugikan, terutamanya cubaan untuk mengenepikan para pejuang dan mengkesampingkan HAMAS daripada pentas politik melalui kepungan, sekatan, pencerobohan, ugutan dan ancaman atau melalui perjanjian pertukaran tawanan serta tekanan-tekanan yang sentiasa dilakukan regim zionis.”

Beliau menegaskan lagi, “zionis hendaklah sedar di hadapannya hanya ada satu pilihan sahaja, iaitu bertindakbalas secara positif terhadap semua hak rakyat Palestin serta merealisasikan perjanjian pertukaran tawanan dan gencatan senjata dengan segera, serta berundur sepenuhnya daripada bumi Palestin dan membenarkan kepulangan semua pelarian ke tanah air mereka.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

2 Comments
  1. Yahudi’ kamu tidak akan sesekali akan berjaya menundukkan para perwaris syurga allah ini, walau apa jua dan walau apa cara sekalipu, kerana mereka ini adalah sebahagian dprp janji zahir allah yg dapat kita lihat di zaman morden ini…
    ALLAHHUAKBAR!!!!
    HIDUP HAMAS, HIDUP ISLAM…..

Comments are closed.