Setiausaha Fatah terlibat bunuh anggota Fatah.

Rabu,  01/04/2009 – Sumber Fatah di Lubnan menyatakan Setiausaha Agung Fatah,  Sultan Abu Al-Ainain terlibat dalam pembunuhan pimpinan Fatah, Kamal Madhat. Abu Al-Ainain turut bekerjasama dengan Muhammad Dahlan dalam menjaya konspirasi ini. Seorang wakil PLO di Lubnan menyatakan pembunuhan sesama ahli Fatah telah bermula. Kamal Madhat mati akibat di bom.

Kedua-dua kem dalam Fatah sekarang ini berada dalam keadaan berjaga-jaga. Ini kerana dijangkakan serang balas akan berlaku. Konflik antara dua kem ini menjadi semakin tegang.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

2 thoughts on “Setiausaha Fatah terlibat bunuh anggota Fatah.

  1. Bagus! bunuh membunuhlah di antara kamu. Israel senyum dan tepuk tangan. Entah bila nak insaf. Apakah tunggu Allah lenyapkan terus Palestin dari peta dunia.

Comments are closed.