(Terkini) 16 lagi rakyat Palestin diculik semalam.

Jumaat,  08/05/2009 – 16 orang awam Palestin telah diculik oleh tentera Israel semasa serangan yang dilakukan sebelum subuh Khamis lalu yang mensasarkan bandar Tebing Barat. Sumber tempatan berkata pencerobohan itu berlaku di bandar Ramallah, tengah Tebing Barat dan satu lagi di bandar Bethlehem, selatan Tebing Barat.

Pasukan tentera tersebut mencari dan menggeledah kediaman sebelum menculik lelaki di lokasi-lokasi penahanan yang tidak dikenalpasti, menurut laporan media tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/ 
penterjemah :  hijjaz79