Perang al-Hittin Bebaskan Baitulmaqdis

Antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan Rabiul Awal ialah Peperangan al-Hittin di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Salahuddin al-Ayyubi menentang tentera Salib pada 583 Hijrah bersamaan 1187 Masihi.

Berkenaan dengan nama peperangan itu ada juga ahli sejarah yang memanggilnya ‘Hattin’. Begitu juga dengan tarikh bermulanya peperangan ini, ada ahli
sejarah yang berpendapat ia berlaku pada bulan Rabiul Akhir.

Meski pun ada percanggahan dalam penetapan tarikh ini, namun apa yang lebih penting, peperangan ini membawa mesej besar kepada seluruh dunia
Islam dulu, kini dan selamanya. Ini kerana, peperangan ini berjaya membuka peluang kepada umat Islam ke arah pembebasan penguasaan
tentera salib ke atas Baitul Maqdis.

Di sebalik peperangan ini sebenarnya tersirat bagaimana kewibawaan dan kepahlawanan seorang pejuang Islam Salahuddin yang berjaya menyatukan
seluruh tentera dan umat Islam bagi menghapuskan Rom selaku kuasa besar ketika itu.

kekalahan tentera Salib di tangan Salahuddin dalam pertempuran ini adalah kemuncak kajayaan beliau dalam kempen membebaskan bumi Islam daripada
pencerobohan kuasa Barat.

Kemenangan Salahuddin ini turut membolehkan BaitulMaqdis bebas daripada penjajahan tentera salib selama 88 tahun.

Menjelang peperangan itu, tentera Islam berkumpul untuk mengatur strategi serangan secara besar-besaran di persisiran pantai berhampiran Tasik
Tiberian, Palestin.

Tentera Islam diketuai oleh Salahuddin manakala tentera Salib pula berkumpul di barat Tasik Tiberias. Perisik Islam berjaya menjejaki pergerakan tentera musuh, termasuk perkhemahan mereka. Berikutan itu, tentera Islam mengepung tentera Salib pada waktu malam hingga terbit fajar.

Nyata, pada sebelah siangnya, meletus peperangna sengit berhampiran Hittin di sebelah tasik Tiberias serta timur bandar Akko dan Haifa.

Dalam pertempuran itu, tentera Islam berjaya menumpaskan ramai tentera Salib serta menjadikan 150 orang sebagai tawanan, termasuk pembesar mereka.

Jelas sekali, Perang Hittin adalah kemenangan Islam yang gemilang dan wajar menjadi rujukan dan renungan ummah hari ini yang berdepan dengan pelbagai krisis termasuk ancaman daripada musuh Islam khususna Barat.

Sebagai pejuang kental, Salahuddin pernah berkata “untuk menjadi umat yang berjaya, kekuatan ekonomi , politik dan ketenteraan tidak memadai, Benteng yang paling kental katanya adalah perpaduan dan kekuatan akidah “.

Kejayaan Salahuddin membebaskan BaitulMaqdis yang ditawan tentera Salib pada 1099 adalah hasil keupayaan beliau menyatukan umat Islam di Mesir,
Palestin, Syria dan Iraq.

Salahuddin meninggal dunia pada 4/3/1193 ketika berusia 55 tahun. Kematiannya mengakhiri sumbangan besar pemimpin agung ini yang mula berjuang ketika berusia 16 tahun.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.