
Khamis, 28/05/2009 – Sebuah organisasi yang prihatin berkenaan masalah tahanan Palestin “Waid” mengatakan bahawa pihak penjajah Zionis Israel telah memutuskan menghantar tahanan Palestin Mahmud Azzam dari Jenin, Tebing Barat ke Semenanjung Gaza setelah tempoh tahanannya (12 tahun) berakhir hari ini, Selasa (26/05).
Dalam pernyataan akhbar, “Waid” menyatakan bahawa pihak penjajah Zionis Israel akan meneruskan hasratnya. Mereka tidak peduli dengan norma dan penetapan antarabangsa yang melarang proses memindah tahanan dalam apapun keadaan. Waid menyatakan bahawa tindakan tersebut bertujuan untuk menghancurkan semangat para tahanan Palestin yang dibebaskan dan keluarga mereka dengan menjauhkan mereka dari rumah dan keluargannya.
sumber : COMES
penterjemah : osman