Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS bertemu Presiden Yaman.

Selasa,  23/06/2009 –

Selasa,  23/06/2009 –Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Dr Musa Abu Marzuq bertemu dengan Presiden Yaman, Ali Abdullah Salleh pada hari Ahad (21/6). Dalam pertemuan tersebut Dr Musa telah memaklumkan tentang perkembangan terkini yang berlaku di Palestin serta mengenai dialog terakhir yang berlangsung di Kaherah. Kedua-dua pihak juga membincangkan tentang sikap pihak-pihak lain terhadap isu Palestin.

Presiden Ali Abdullah Salleh sekali lagi menegaskan sikap Yaman yang mendokong isu Palestin dan penegakan negara Palestin yang beribu negarakan bandar al-Quds.Lawatan Abu Marzuq ke Yaman bertujuan memaklumkan perkembangan terakhir isu Palestin kerana peranan besar yang dilaksanakan oleh Yaman bagi menyatukan perselisihan yang berlaku di kalangan fraksi Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir