Pusingan Pertama dialog gagal kerana kedegilan Fatah.

Selasa,  30/06/2009 – HAMAS menegaskan pusingan pertama dialog Kaherah gagal kerana kedegilan Fatah dan ketidaksediaannya memberikan kerjasama bagi mengakhiri isu tahanan politik, sambil menjelaskan perjumpaan kedua yang kecil akan diadakan dan dijangka berakhir pertengahan malam ini bagi membincangkan percubaan untuk mencapai format bersama sekitar isu tersebut.

Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS berkata dalam satu kenyataan khas yang diberikan kepada Pusat Media Palestin lewat Ahad lalu (28/9): “Pertemuan pertama yang diadakan di antara kedua-dua belah pihak telah berakhir tanpa sebarang hasil disebabkan kedegilan Fatah untuk memberikan komitmen bagi menyelesaikan isu tahanan politik dan keengganannya untuk membuat jadual baru bagi menyelesaikannya.”

Abu Zuhri menegaskan itulah sebab kegagalan pertemuan tersebut. Namun dalam masa yang sama persetujuan telah dicapai bagi membentuk sebuah jawatankuasa kecil dianggotai oleh kedua-dua pihak bagi mengadakan mesyuarat yang akan berakhir pertengahan malam ini sebagai percubaan untuk merangka suatu format persetujuan bersama tentang isu orang-orang tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir