
Jumaat, 02/10/2009 – Pihak Keselamatan Ramallah menyekat penghantaran bekalan ubat yang kini kian meruncing di Semenanjung Gaza pada tahun ini dan mengurangkan jumlahnya kepada separuh, jelas Munir Al-Barsh, Pengarah Farmasi dari Kementerian Kesihatan. Beliau menambah dalam satu kenyataan pada Rabu, bahawa pihak pentadbiran Ramallah sengaja menimbulkan masalah buat pe di Gaza dan menjadi kejam di bawah telunjuk Zionis-Israel. Barsh juga dipetik berkata, Ramallah juga bertanggungjwab bersama rejim Zionis dalam membunuh nyawa rakyat Palestin.
Beliau memberi amaran, masalah bertambah rumit selepas bahan ubatan semakin berkurang dan baki yang tinggal pula semakin menghampiri tarikh luputnya. Barsh menyeru kepada seluruh pejuang hak asasi manusia, Pasukan Palang Merah, Liga Arab da OIC yang kini menyambut ulang tahun ke-40 penubuhannya, supaya segera bertindak membuka segala sekatan yang berlaku di Gaza bagi membenarkan ubatan dan segala bekalan keperluan masuk bagi menyelamatkan nyawa rakyat Palestin.
Sementara itu, Menteri Kesihatan di Gaza mengumumkan, seorang kanak-kanak berumur 9 tahun di Breij, di tengah-tengah Semenanjung Gaza, maut selepas menderita akibat kegagalan menerima bekalan ubat dan rawatan yang sepatutnya. Menteri tersebut juga menyatakan, kanak-kanak terbabit, Bara’a Issa merupakan mangsa ke 359 penyembelihan Israel terhadap rakyat Palestin, dan menyeru masyarakat antarabangsa membebaskan dunia dari kekejaman Zionis dan berdiri bersama-sama rakyat Gaza dan Palestin keseluruhannya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929