Hamas menggesa Eropah memikul tanggungjawab atas jenayah mereka terhadap Palestin.

Rabu , 04/11/2009 –Hamas membuat satu kenyataan ketika menyambut ulang tahun ke-92 Resolusi Balfour , bahawa mereka berkeyakinan tertinggi dalam mencapai kemenangan dan merampas kembali hak-hak rakyat Palestin dan menuntut negara-negara Eropah khususnya British untuk memikul tanggung jawab moral atas kezaliman yang telah mereka lakukan terhadap Palestin. Hamas menyatakan lagi bahawa ulang tahun ini membawa kembali kenangan Nakba Palestin (bencana Palestin) dan terus-menerus menimbulkan persoalan di mana hak Eropah dalam memberikan tanah Palestin kepada orang Yahudi untuk menebus kesalan jenayah terhadap mereka.

Hamas menegaskan bahawa ulang tahun ini membuatkan mereka lebih bersemangat untuk mengembalikan hak-hak yang telah dirampas, membebaskan kota suci Al-Quds dan membantu para pelarian Palestin untuk kembali ke rumah mereka. Sementara itu, Dr Ahmed Bahar, wakil pertama Timbalan Speaker Dewan Legislatif Palestin (PLC), menyatakan pada Rabu bahawa sokongan kepada pejuang-pejuang, pemulihan penyatuan kebangsaan dan menyokong keteguhan rakyat Palestin menghadapi penjajahan adalah jaminan terbaik untuk melindungi keadilan kepentingan nasional.

Dr. Bahar merakamkan rasa maaf kepada rakyat Palestin kerana hanya dapat menyediakan segala bentuk sokongan politik dan ekonomi secara minimum yang selama ini dirampas segalanya oleh kekejaman British. Ahli parlimen Hamas,Yasser Mansour, berkata bahawa pada ulang tahun tragedi ini, dicongak setiap hari dalam mengenang orang-orang Palestin yang masih menderita atas kesusahan dan kezaliman penjajah. Mansour menambah bahawa tarikh dalam sejarah Palestin harus diingati sebagai peringatan dan harus ditanamkan dalam benak pelajar Palestin dalam rangka melahirkan generasi yang cintakan tanah air.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :mujaheed929