Categories
Berita Semasa

Bulldozer rejim Zionis roboh rumah penduduk Jerusalem

Rabu , 04/11/2009 – Bulldozer rejim Zionis Isnin lalu telah meranapkan sebuah rumah penduduk Palestin Jerusalam di kawasan Silwan yang terletak selatan dari Masjid Al-Aqsa di Jerusalam.

Sumber tempatan menyatakan majlis bandaran IOA tersebut merobohkan rumah tersebut atas dasar dibina tanpa permit. Majlis bandaran yang dikuasai pihak Yahudi enggan mengeluarkan permit pembinaan kepada rakyat palestin walaupun di bandar mereka sendiri, tetapi mengalukan pendatang Yahudi untuk menetap sesuka hati.

Menurut sumber, pasukan dari majlis bandaran tersebut diiringi oleh sejumlah besar pihak tentera dan polis yang turut menutup seluruh kawasan tersebut bagi melindungi kerja-kerja pemusnahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil

One reply on “Bulldozer rejim Zionis roboh rumah penduduk Jerusalem”

kurang jar betul yahudi ni!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!sedarlah kita semua,bahawa palestin kini disulit kesulitan,sedangkan kita hidup dalam keadaan tenang.jadi,marilah kita membantu mereka dngn memboikot barangan israil.INSYAALLAH.

Comments are closed.