Pegawai dan tentera rejim Zionis geledah rumah ahli Hamas di Jenin.

Rabu , 25/11/2009 – Tentera dan pegawai perisikan Israel menyerbu dan menggeledah rumah-rumah orang awam Palestin yang bersekutu dengan Hamas Isnin lalu di bandar Yabad, barat dari Jenin.

Para tentera memaksa keluarga Palestin untuk keluar, memeriksa rumah mereka dan menyoal beberapa orang sebelum meninggalkan bandar tanpa adanya sebarang laporan penculikan. Dalam insiden yang lain, Pasukan Penjajah Israel (IOF) telah menculik lapan orang awam Palestin semasa menjalankan serbuan pada waktu subuh hari Selasa lalu di wilayah Ramallah, Al-Khalil dan Qalqiliya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil