Bahar: Serangan ke atas MP Mansour kebiadapan melampau.

Selasa , 01/12/2009 – Dr. Ahmed Bahar, Timbalan Speaker 1 di Parlimen Palestin telah menyelar pihak berkuasa Mahmoud Abbas sebagai kebiadapan yang melampau merujuk kepada serangan ke atas MP Mona Mansour di bandar Nablus, Tebing Barat. 

Beliau menambah lagi tindakan yang sama berlaku kepada ahli Parlimen Hamas di mana tiada langsung menghormati ahli parlimen sebagai wakil rakyat dan pengubal undang-undang dan mahu pihak Mahmoud Abbas bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan melampau mereka. 

Turut mengutuk tindakan biadap melampau pihak militia Mahmoud Abas itu ialah Pihak Pengerusi Parlimen Palestin dan ahli-ahli Parlimen Hamas. MP Mona Mansour berkata pihak militia memecah masuk ke rumah beliau pada petang Ahad mengacu pistol ke arahnya dan memaki beliau dengan kata-kata kesat termasuk ayah beliau serta Hamas walaupun diperingatkan beliau adalah seorang ahli parlimen. Mereka juga mengugut untuk menahan anak lelaki sulung beliau Bakir, merampas telefon bimbit dan mengarahkan beliau mengambil kembali telefon tersebut di ibu pejabat mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous