Mizan : Rejim Zionis zalimi pesakit Palestin di pos sempadan.

Khamis,03/12/2009 – Pusat Kemanusiaan Mizan mendakwa bahawa pihak rejim Zionis  mengugut pesakit-pesakit warganegara Palestin di pos sempadan Beit Hanon (Erez) dan memaksa mereka menjadi tali barut Israel sebagai balasan untuk membenarkan mereka mendapatkan rawatan perubatan di luar Semenanjung Gaza yang dikepung.

Dalam satu kenyataan berkaitan isu ini yang salinannya diperoleh PIC, pusat kemanusiaan itu mendedahkan bahawa rejim Zionis telah menyekat Ahmad Asfoor, 19 dan ayahnya, kedua-duanya warganegara Palestin, ketika mereka sedang menuju ke Hospital Mar Yousef di kawasan Jerusalem yang dijajah.

Pusat tersebut mengesahkan bahawa kedua-duanya kemudiannya dipaksa menanggalkan baju masing-masing dan disoal-siasat walaupun telah jelas tahap kesihatan Ahmad yang semakin teruk. Rejim Zionis turut merampas 3, 000 dolar yang dibawa bersama untuk pembiayaan rawatan perubatan Ahmad di hospital selain turut merampas passport dan rekod kesihatannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa