(Terkini) Seorang terbunuh, 3 lagi cedera dalam letupan misteri di Gaza.

Khamis,03/12/2009 –Seorang lelaki terbunuh manakala tiga lagi cedera akibat letupan misteri petang Isnin lalu yang berlaku di dalam sebuah bas mini Volkswagen, di kemah pelarian Shati barat dari Bandar Gaza.

Dr. Muaweya Hasanin yang mengetuai bantuan kecemasan memberitahu wakil PIC bahawa letupan tersebut berlaku hampir dengan Masjid Ibadul-Rahman, berdekatan dengan rumah Perdana Menteri Ismail Haneyya, yang mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan tiga yang lain.

Sumber tempatan menyatakan lelaki yang terkorban bernama Muhammad Kalloub (36 tahun) itu adalah pegawai di pusat keselamatan pencegahan yang tidak digunakan lagi. Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri di Semenanjung Gaza telah memulakan penyiasatan atas letupan tersebut, lewat malam Isnin lalu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil