Tekanan antarabangsa utk Israel bersifat ‘pemalu’.

Khamis,03/12/2009 – Ahli Parlimen Palestin, Dr Jamal Al-Khudari, juga selaku ketua jawatankuasa popular terhadap pengepungan menggambarkan keupayaan Arab dan antarabangsa dalam usaha mematahkan pengepungan zalim dianggap sebagai “pemalu” sambil menyeru masyarakat antarabangsa agar memberi tekanan yang kuat terhadap pencerobohan Israel.

“Adakah masyarakat antarabangsa dan negara-negara Arab telah memberi tekanan atas pencerobohan Israel melalui cara yang tepat yang akan memaksa untuk memecahkan pengepungan dan menamatkan penderitaan 1.5 juta rakyat Palestin yang tinggal di sana?”, kata Khudari dalam kenyataan media yang dibuat dengan salinannya diperolehi oleh PIC.

Beliau menambah kepungan Israel sampai sekarang tetap bertahan meskipun dari semasa ke semasa andaian mengatakan bahawa pengepungan itu semakin berkurang, sambil menekankan cadangan daripada laporan Goldstone harus dihidupkan dan lebih banyak sokongan antarabangsa perlu disatukan untuk membantu Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79