Madi : Perarakan antarabangsa secara besar-besaran masuki Gaza penghujung Disember.

Jumaat,04/12/2009 – Fadi Madi, Ketua Pergerakan Anti Globalisasi dan Dominasi US dan Israel berkata bahawa persiapan terakhir untuk minggu keharmonian Gaza peringkat antarabangsa sedang dijalankan. Minggu tersebut akan berlangsung daripada 27 Disember 2009 – 3 Januari 2010 dan perarakan raksasa yang dikenali “Kebebasan Besar” bakal disertai oleh 2,600 orang-orang ternama dunia.

Dalam kenyataan pada hari Ahad, Madi berkata bahawa para peserta tersebut yang terdiri daripada aktivis kemanusiaan, delegasi parlimen dari 60 negara serta bintang Hollywood akan membanjiri Kaherah, Mesir pada 25 Disember ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa mereka akan memasuki Gaza pada 25 Disember yang mana aturcara program mereka akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa