Konvoi baru ‘Viva Palestin’ berlepas dari London ke Gaza.

Isnin , 07/12/2009 – Konvoi ke-3 ‘Viva Palestin’ berlepas ke Semenanjung Gaza diketuai Ahli Parlimen Britain, George Galloway pada Ahad dari London, yang Berjaya mengumpulkan lebih ramai penyertaan di kalangan pejuang hak asasi manusia di seluruh eropah. Konvoi ini merupakan yang terbesar di kalangan kumpulan antarabangsa, terdiri daripadan pelbagai Negara termasuk Eropah, Amerika, Malaysia dan pelbagai lagi negara, serta bakal menjejakkan kaki di Gaza menjelang Ulang Tahun Pertama Perang Ganas Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Konvoi ini juga bakal mendapat perhatian dunia dengan melalui 11 negara untuk memdapatkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Aktivis Palestin, Zahir Al-Berawi memberitahu pusat maklumat Palestin (PIC) hari ini bahawa konvoi tersebut pada awalnya terdiri daripada 80 kenderaan yang penuh dengan bantuan kemanusiaan dan akan menuju ke destinasi pertama iaitu Perancis dan beberapa negara Eropah sebelum berhenti di Turki, di mana perasmian rasmi bakal diadakan.

Berawi menambah bahawa konvoi tersebut juga bakal menuju Syria dan kemudiannya ke Jordan, di mana akan diangkut melalui jalan laut ke pelabuhan Nuweiba di Mesir dan dari sana konvoi akan mengikuti perjalanan darat ke sempadan Rafah. Beliau juga memberitahu PIC bahawa konvoi merangkumi 15 ambulans yang menjadi simbolik jumlah krew perubatan yang terbunuh selama perang Israel di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929