Wahidi: Dinding keluli beri ancaman serius kepada sumber air Gaza.

Rabu, 23/12/2009 – Pakar air bawah tanah Palestin, Nizar al-Wahidi memberi amaran pada Isnin lepas bahawa pembinaan dinding keluli di sempadan Palestin-Mesir merupakan satu ancaman serius kepada sumber air bawah tanah di Semenanjung Gaza.

Wahidi berkata dinding itu merupakan pengepungan air ke atas Gaza yang boleh disamakan dengan dinding-dinding batu yang dibina Israel sepanjang sempadan Gaza. Ia menyekat aliran air bersih ke Gaza. Beliau turut menjelaskan bahawa sumber air bawah tanah tersebut dikongsi bersama Mesir. Justeru, pakar air dan alam sekitar Mesir digesa campur tangan dalam hal ini bagi melindungi sumber air bawah tanah di Gaza daripada terus dicemari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa