Mishaal: Perjanjian pertukaran banduan berhadapan pelbagai halangan.

Selasa, 29/12/2009 – Khaled Mishaal, ketua biro politik Hamas, menyatakan Selasa lalu bahawa perjanjian pertukaran banduan masih berdepan dengan halangan berikutan keengganan pihak Israel untuk memenuhi tuntutan penduduk Palestin, pada masa sama peranan penting yang dimainkan oleh German selaku pengantara perjanjian ini.

Dalam satu sidang berita diadakan di Tehran, Mishaal menyatakan bahawa Hamas tetap berkeras berpegang kepada tuntutan mereka dan sedang menunggu jawapan positif dari pihak Israel, sambil menyangkal tuduhan pihak Israel bahawa pemimpin-pemimpin Hamas di dalam dan di luar negeri mempunyai pegangan yang berlainan mengenai perjanjian pertukaran banduan ini.

Beliau mengesahkan dalam satu lagi konteks bahawa pegangannya tetap tidak akan menerima sebarang pelanggaran undang-undang Palestin, yang menyediakan bantuan untuk setiap pilihan raya legislatif dan jawatan presiden, beliau menambah lagi bahawa Badan legislatif Palestin (PIC) akan kekal dengan tugas-tugas mereka sehingga pilihan raya jemaah baru berlaku.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez