Banduan Jihad Islam menganggap pihak rejim Zionis bertanggungjawab di atas kematian Asa akibat penyakit ganjil.

Selasa, 29/12/2009 – Para banduan Pergerakan Jihad Islam di penjara Israel telah sepenuhnya menyalahkan rejim Zionis di atas kematian Suleiman Al-Asa akibat penyakit ganjil di dalam penjara.

Dalam satu kenyataan bocor, para banduan itu berkata bahawa pihak pentadbiran penjara telah mengabaikan aspek perubatan ke atas Asa sewaktu beliau di penjara, dan selepas pembebasannya, keadaan sudah terlewat di mana para doktor tidal lagi mampu untuk mendiagnos keadaan perubatannya, yang menjadi punca kematiannya.

Kenyataan itu telah menggariskan bahawa nyawa dan keselamatan para tahanan Palestin dalam penjara Israel adalah berisiko tinggi disebabkan dasar perubatan yang mengabaikan rawatan dan ujian ubat-ubatan baru yang dikilangkan oleh beberapa syarikat farmaseutikal orang Israel pada badan para banduan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez