Kementerian pertanian: Para petani Gaza dihalang dari bercucuk tanam di kawasan yang telah dibom.

Selasa, 29/12/2009 – Kementerian pertanian Palestin di Gaza menyatakan Isnin lalu bahawa larangan kepada para petani untuk bertani, menternak haiwan peliharaan dan menggunakan perigi-perigi telah dikuatkuasakan di kawasan-kawasan yang telah dibom oleh pihak Israel dalam perang terdahulu.

Di dalam kenyataannya, kementerian mengatakan bahawa selepas perang tamat, mereka tidak dapat menidakkan kemungkinan bahawa pihak Israel telah menggunakan senjata yang mengandungi bahan radioaktif, toksid dan carcinogenic yang berbahaya.

Di dalam satu kenyataan tambahan, kementerian tidak dapat melakukan ujian kerana pihak Israel telah mengebom semua makmal termasuk makmal di kementerian, makmal University Islam dan pusat kajian, walau bagaimanapun pihak kementerian akan menghantar sample untuk diuji oleh makmal luar semenanjung.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez