Jamal Orgiq, Dipenjarakan selama 21 tahun di penjara Zionis-Israel

Selasa, 29/12/2009 – Kementerian Urusan Tahanan Palestin menegaskan bahawa jumlah tahanan Palestin yang dipenjara lebih dari 20 tahun di penjara-penjara Zionis-Israel telah meningkat kepada seramai 110 tahanan. Jamal Orgiq adalah salah seorang tahanan yang telah menghabiskan tempoh 20 tahun di penjara Zionis-Israel. Jamal di tahan paa Disember 1989 kerana terlibat dengan HAMAS. Seorang lagi tahanan, Nael Barghouti sudah menduduki penjara Zionis-Israel selama 32 tahun.

Pihak media juga digesa agar tidak membuat berita palsu mengenai pembebasan atau pertukaran tahanan. Ini kerana berita yang akhirnya tidak benar itu menggangu emosi dan perasaan keluarga tahanan, yang mana mereka amat berharap pembebasan tahanan. Di samping itu terdapat juga pertemuan sulit bagi membuat pertukaran tahanan sesama tahanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu ‘Umair