Shalit mungkin akan mati dalam kurungan berpunca dari sikap berlengah kerajaannya.

Selasa, 29/12/2009 – Laman web Palestin, Almajd memberi amaran bahawa tentera Israel yang ditahan, Gilad Shalit mungkin akan mati dalam kurungan akibat pendirian tegas kerajaannya.

Laman itu Isnin lalu menyatakan kebanyakan penduduk Israel menyokong perjanjian pertukaran tahanan untuk membawa pulang Shalit kepada keluarganya dengan selamat biarpun kerajaan mereka terpaksa melepaskan puluhan ‘tahanan berbahaya’.

Laman itu juga menyatakan undian pendapat Israel menunjukkan hampir 70% rakyat israel menyokong perjanjian itu sambil memenuhi kehendak Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil