Suara Peduli Palestin

Pendatang Yahudi serang rumah penduduk Palestin di Sheikh Jarrah.

one comment

Selasa, 29/12/2009 – Sekumpulan pendatang Yahudi yang ekstremis menyerang rumah keluarga al-Fityan pada petang Isnin lalu di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah, Jerusalem. Penduduk Palestin bergegas mempertahankan rumah tersebut dan mengusir pendatang Yahudi itu.

Saksi mendakwa bahawa sekumpulan pendatang Yahudi menyerbu rumah tersebut dan membaling batu ke arahnya. Ini menyebabkan beberapa orang penduduk setempat bergegas membalas serangan tersebut.

Keluarga Al-Fityan merupakan salah sebuah keluarga yang menerima ancaman akan dihalau dari rumah mereka berikutan hasrat rakus pihak Israel untuk mengyahudikan dan menyerahkan rumah-rumah penduduk Palestin kepada pendatang Yahudi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Selasa, 29/12/2009 -

Written by admin

December 29th, 2009 at 12:39 am

Posted in Berita Semasa