Bahr: Tembok Besi sebahagian daripada polisi hukuman kejam di Gaza.

Selasa, 29/12/2009 – Dr Ahmed Bahr, wakil pertama Pengerusi Badan Perundangan Palestin (PLC), menyatakan pada Rabu bahawa pembinaan tembok besi di sempadan Palestin-Mesir adalah sebahagian daripada polisi hukuman yang dikenakan Mesir ke atas Semenanjung Gaza. Beliau mengatakan pada sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya tembok ini memberikan penunjuk negatif tentang permulaan tercetusnya perang baru di Gaza. Beliau juga mengatakan bahawa pembinaan tembok ini bertentangan dengan sarana Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah secara terbuka menyatakan bahawa beliau tidak akan membiarkan rakyat Palestin di Gaza kebuluran.

Dr. Bahr menyeru masyarakat antarabangsa menghormati keputusan Konvensyen Geneva dan menamatkan hukuman terhadap rakyat Gaza, serta menyeru sidang parlimen tergempar untuk membincangkan implikasi pembinaan tembok ini. Dalam pada itu, pihak pembangkang Palestin mengecam keras keputusan Mesir untuk membina sebuah tembok dan member amaran bahawa langkah ini merupakan tanda berbahaya niat untuk memperketat sekatan terhadap Gaza. Dalam sidang akhbar, pihak pembangkang mengatakan bahawa kegagalan negara-negara Arab dan dunia Islam lain untuk memenuhi janji bagi memecah sekatan mendorong pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk mengetatkan lagi sekatan terhadap Gaza.

Mereka juga meminta kerajaan Mesir untuk menghentikan langkah ini yang membangkitkan kemarahan rakyat Palestin, dan memberi amaran bahawa pengepungan terhadap Gaza tidak akan melindungi keselamatan Mesir sama sekali, tetapi sebaliknya, mengakibatkan rakyat Palestin mati kebulurang perlahan-lahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929