IHH memberi amaran sekatan ketat menyebabkan bilangan kematian semakin meningkat di Gaza.

Rabu, 30/12/2009 – Yayasan Kemanusian Turki ( IHH ) yang beroperasi di Semenanjung Gaza, telah mengeluarkan satu amaran semalam bahawa kadar kematian di Gaza semakin meningkat disebabkan sekatan yang ketat ke atas wilayah itu lebih 3 tahun daripada menerima keperluan harian penduduknya. Jurucakap IHH, Mohamed Kaya, semasa sidang media di Gaza, atas nama hak asasi manusia dan dunia, Yayasan Kemanusia di seluruh dunia menyeru tindakan segera harus diambil bagi menyelamatkan Gaza.

“Kami pernah datang ke Gaza kira-kira setahun yang lalu dan malangnya kami masih tidak Nampak sebarang tindakan antarabangsa ke atas kekejaman Zionis melakukan jenayah ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa” tambah Mohamed. Beliau turut penduduk Gaza turut bimbang kiranya berlaku perang baru dengan Israel, yang kini hebat meletupkan beberapa terowong di sempadan Mesir-Palestin.

Sementara itu, kematian penduduk Palestin disebabkan sekatan Israel meningkat kepada 367 selepas kematian Mahmoud Jasser, 43 tahun dari Jabaliya. Kementerian Kesihatan Palestin berkata, Jasser telah menderita penyakit Hepatitis dan serangan jantung yang kronik, dan tahap kesihatannya semakin teruk selepas gagal menerima rawatan luar dari Gaza. Kementerian tersebut juga memberi amaran, lebih 257 jenis ubatan semakin berkurang dalam bekalan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929