Suara Peduli Palestin

Haneyya adakan perbincangan untuk perluaskan kerajaan.

one comment

Rabu, 30/12/2009 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza mengumumkan pada hari Selasa lepas bahawa beliau sedang mengadakan konsultasi dengan beberapa tokoh professional dan bebas untuk menyertai kerajaannya.

Beliau berkata demikian dalam satu mesyuarat mingguan kabinet. Langkah itu menurutnya wajar untuk kepentingan Negara dan pentadbiran, serta ianya tidak bercanggah dengan pendirian kerajaan untuk menamatkan divisyen dalaman.

Sesetengah menteri dalam kerajaan Haneyya bertanggungjawab ke atas lebih daripada satu potfolio dan ini menjelaskan mengapa beliau ingin menambah anggota kabinet. Tindakan ini diambil bagi meringankan beban menteri-menteri tersebut di samping dapat menambah baik perkhidmatan mereka kepada rakyat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Written by admin

December 31st, 2009 at 7:37 am

Posted in Berita Semasa