Khamis , 04/03/2010 – Serpihan dari Bedilan Meriam rejim Zionis ke atas Beit Lahia telah membunuh seorang pejuang dari briged Salahudin, gerakan bersenjata bagi kumpulan-kumpulan pembebasan yang popular.
Jurucakap PRC, Abu Mujahid menyatakan Mohammed Ghaban, 20, telah terbunuh ketika tentera rejim Zionismembuat bedilan dari kereta kebal ke atas kawasan di utara Semenanjung Gaza itu.
Sumber tempatan berkata bahawa seorang pejuang pembebasan yang sedang mengawasi sempadan, telah tercedera dalam bedilan IOF dan telah dibawa ke Hospital sebelum disahkan meninggal dunia di sana
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil