Setiausaha Agung PBB minta Israel tamatkan sekatan ke atas Gaza.

Isnin , 22/03/2010 – Ketua PBB, Ban Ki-Moon masuk ke Gaza semalam menjelaskan beliau bersimpati terhadap keadaan rakyat Palestin di sana dan mahu Israel menamatkan sekatan ke atas Gaza.

Ban yang melakukan lawatan kali kedua selepas perang 22 hari Gaza mahu menghidupkan kembali proses damai di Asia Barat. Beliau masuk ke Gaza melalui sempadan Beit Hanun di mana beliau disambut sekumpulan rakyat Palestin yang mengibarkan bendera Palestin.

Beliau kemudian melawat tempat yang yang masih dalam keadaan yang teruk dimusnahkan Israel dan beliau merasmikan beberapa projek termasuk pembinaan 150 buah rumah, kilang tepung gandum, serta projek pembetungan yang baru diluluskan Israel beberapa hari yang lepas.

Sebelum itu di Tebing Barat pada hari Sabtu, beliau berkata beliau akan melawat Gaza untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mahu menekan keperluan untuk tamatkan sekatan ke atas Gaza yang disekat Israel sejak Hamas memerintahnya sejak Jun 2007.

Lawatan Ban selama 2 hari ke kawasan Palestin adalah tujuan menghidupkan proses damai di antara Israel dan Palestin. Beliau berkata PBB komited terhadap perjuangan rakyat Palestin dan akan membantu menyelesaikan segala tuntutan Palestin dalam masa 24 bulan.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  ameen