Haniyeh kenalpasti titik perhubungan dengan delegasi dari Fatah atas lawatan mereka ke Gaza

Isnin, 03/05/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh telah mengenalpasti titik perhubungan antara gerakan Hamas dan Fatah dengan lawatan yang dilakukan JawatanKuasa Pusat bagi pimpinan Fatah ke Gaza untuk berbincang dengan pimpinan Hamas bagi mencari jalan perdamaian dan usaha dialog antara kedua-dua gerakan, dan beliau menyambut baik setiap lawatan yang dilakukan untuk tujuan ini.

Haniyeh berkata demikian dalam satu majlis yang diadakan oleh kerajaan bagi meraikan badan-badan media di Bandar Gaza pada Khamis petang (29-4), dan beliau menambah lagi dengan katanya “hubungan antara kedua-dua gerakan tersebut akan berterusan untuk mencapai jalan perdamaian di peringkat nasional dan menamatkan bentuk-bentuk perpecahan.

Ismael Haniyeh menambah lagi : “kami tidak meminta supaya ditambah atau dihapuskan di dalam catatan kerajaan Mesir, tapi kami menuntut supaya dilaksanakan apa yang telah disepakati,” merujuk pada kuasa veto AS, yang merupakan penyebab gagalnya usaha perdamaian, di samping mendesak supaya kerajaan Mesir , harus berlapang dada dan mampu menerima segala butiran yang telah disepakati. (kerajaan Mesir sebagai orang tengah dalam usaha mencari kata sepakat antara Hamas dan Fatah)

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  arif