Selasa, 15/06/2010 – Mahmoud Abbas telah menyatakan bantahanya terhadap pemberhentian sekatan jalan laut ke atas Gaza sambil menyifatkan pemberhentian sekatan tersebut dan tindakkan menghentikan penderitaan penduduk Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas.
Memetik ulasan akhbar yahudi “Haaretz” bertarikh Ahad : 13/06 berhubung kenyataan Mahmoud Abbas semasa perjumpaan beliau secara bersemuka dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama : “Abbas telah berkata dengan lidahnya sendiri bahawa : Menghentikan sekatan dari jalan laut terhadap Gaza hanya akan menguatkan lagi pergerakkan Hamas,dan tindakan tersebut merupakan suatu langkah yang tidak sepatutnya dilakukan buat masa ini”.
Perlulah dinyatakan di sini bahawa kenyataan Mahmoud Abbas tersebut serentak dengan kunjungan Amru Musa Setiausaha Agung Liga Negara-Negara Arab ke Gaza yang mana beliau telah berucap di dalam Sidang Akhbar sesampainya beliau ke sana : “Kita harus menamatkan segera sekatan yang telah dikenakan ke atas Gaza selama empat tahun berturut-turut ini”.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : putra duad
5 replies on “Mahmoud Abbas berkata kepada Obama : “ Saya membantah pemberhentian sekatan ke atas Gaza!!””
haram nie pemimpin sekular ..
dah la kalah p.raya
barua yahudi
Org duk kalut nak selesaikan isu di Gaza dia (Mahmud abas) masih di takuk lama…. berubah lah….. Insyaallah Allah akan bersama org yg berjuang di jalan Allah
masyaallah..name je pmimpin islam tapi terang2 menyokong kafir yahudi laknatullah..hancur x3 mahmud abbas.
Hmm… kalau nak jahat pun jangan le terang2an.. buat malu umat je..
laknatullah.. Mahmud abbas! Sepatutnya sesama umat membantu,ini menjahnamkan,bunuh sesama umat..
Nampak sgt barua Israel!!