Kerajaan pimpinan Haneyya kritik kenyataan Abedrabbo

Sabtu ,16/10/2010 – Jurucakap kerajaan Palestin, Taher al-Nunu mengkritik hebat Yasser Abedrabbo, Setiausaha Agung Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) yang membuat kenyataan kesediaannya mengiktiraf kewujudan kerajaan Yahudi.

Menurut Nunu, kenyataan Abedrabbo itu adalah bertentangan dengan ikrar Palestin dan kehendak rakyatnya serta boleh dianggap sebagai menikam dari belakang rakyat Palestin yang tinggal di kem-kem pelarian dan wilayah pendudukan rejim Zionis sejak 1948.

Tambah Nunu lagi, kenyataan terbaru ini mengesahkan lagi dakwaan Hamas bahawa barisan pemimpin PLO tidak boleh diberi amanah melaksanakan kepentingan rakyat Palestin ataupun mendukung aspirasi mereka, suatu yang menyebabkan perlunya menstruktur semula PLO supaya kembali kepada kepentingan rakyat dan negara Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen