Categories
Berita Semasa

Polis rejim Zionis serbu kedai milik rakyat Palestin di Jerusalem, cederakan pekerja

Isnin , 20/12/2010 – Pada malam Rabu lalu, sepasukan polis rejim Zionis telah menyerbu sebuah kedai di Jerusalem, membuang barang-barang di dalam kedai itu dan menyerang para pekerja kedai itu. Manakala anak lelaki pemilik kedai itu patah kaki dalam insiden tersebut sementara pekerja yang lain ditahan.

Dalam insiden itu, pertengkaran sengit telah terjadi antara salah seorang anak lelaki pemilik kedai itu iaitu Moataz, 18, dan seorang anggota polis anti-pengganas rejim Zionis yang bernama Yamam. Insiden berlaku selepas Moataz meminta bas yang membawa pasukan polis rejim Zionis yang diletakkan di hadapan kedai itu dialihkan bagi memberi laluan kepada trak penghantar barang, kata Mahmoud Barakat, seorang lagi anak lelaki pemilik kedai itu. Pemandu bas itu meminta kerjasama 6 orang anggota polis rejim Zionis yang kemudiannya bertindak menyerbu kedai dan membaling keluar semua barang di dalam kedai itu.

Semasa kejadian, anggota polis rejim Zionis telah membelasah Ahmed Barakat dengan teruk, yang sememangnya lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Kaki kanannya dipatahkan oleh anggota polis rejim Zionis tanpa belas walaupun mereka yang hadir merayu tidak diperlakukan begitu ke atas Barakat yang lumpuh. Tidak cukup dengan itu, rejim Zionis memecahkan CCTV kedai itu dan rakamannya dipadam untuk menghilangkan bukti kebinatangan mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa