Hamas kutuk pengeboman rakyat Libya oleh pesawat.

Rabu , 23/02/2011 – Hamas mengutuk dan menolak tegas tindakan rejim Libya menyerang rakyat Libya yang keluar untuk demonstrasi aman, di samping mensasarkan dan mengebom mereka menggunakan pesawat tentera, kereta kebal, dan mengganas dengan dahsyat, menyebabkan ratusan syahid dan ribuan cedera.

Hamas dalam kenyataan pada hari Isnin (21 Februari) memberi respon terhadap perkembangan situasi Libya sebagai, “barisan para pejuang Palestin, bangsa Arab dan Muslimin, dan seantero dunia mengutuk pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh rejim Libya. Kami juga menyeru kebebasan untuk rakyat Libya.”

Para saksi melaporkan pesawat tentera kepunyaan Presiden Libya, Mu’ammar Gadaffi, melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah jutaan para pendemonstrasi di sepanjang Jalan Shat, yang menghubungkan ibu negara Libya dengan bahagian timur.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen