Hamas dan kerajaan Palestin mengalu-alukan keputusan Kaherah membuka gerbang Rafah

Selasa, 31/05/2011 – Hamas dan Kerajaan Palestin di Gaza bergembira dengan keputusan Mesir untuk membuka gerbang Rafah selama-lamanya dan memudahkan kemasukan barang keperluan ke Palestin bermula Sabtu depan.

Hamas berkata dalam kenyataan daripada biro medianya, yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin, “sesungguhnya kami di Hamas mengalu-alukan dan menghargai keputusan saudara kami di Mesir untuk membuka sempadan Rafah selama-lamanya. Ini menunjukkan semangat thaurah (revolusi) Mesir memberi semangat kepada Arab, refleksi kepada kuatnya keterikatan ukhuwwah di antara rakyat Palestin dan Mesir yang mula kembali mengambil peranan dalam isu Palestin.

Menurut Hamas lagi : “kami menganggap resolusi Mesir ini sebagai inisiatif berani untuk meruntuhkan tembok pemisah Gaza, yang telah menyebabkan penderitaan bertahun-tahun. Kami berharap agar langkah ini meningkatkan lagi keterikatan dan semangat kerjasama selain menjadi sokongan kepada rakyat Palestin yang masih berjuang untuk mendapatkan semula hak mereka.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen